Wednesday 30 October 2013

'PELABURAN' BN UNTUK SEKOLAH CINA..... BERBALOIKAH..??? #PRKSgLimau


Hari ini Utusan melaporkan Menteri Pelajaran, dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina DUN Sungai Limau di Markas BN, meluluskan peruntukan kira-kira RM2 juta untuk SJKC.

Apakah wajar Muhyiddiun meluluskan peruntukan RM 2 juta untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina hanya untuk memenang? Hanya ada 1,842 pengundi Cina di DUN Sungai Limau dan hampir 90% daripada mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.


Apakah Tan Sri Muhyiddin dan Barisan Nasional tidak mengambil pengajaran dalam pilihan raya lalu bahawa peruntukan-peruntukan ini hanya mencurah air ke daun keladi.

Lebih baik RM 2 juta tersebut diberi “bantuan khas pendidikan” kepada pelajar miskin di sekitar DUN Sungai Limau. Mengapa kerajaan perlu terus menerus memberi bantuan kepada SJKC sedangkan banyak lagi sekolah kebangsaan yang berada dalam kedaaan tidak memuaskan?

SJKC Aik Min – RM1 juta

SJKC Peh Wah – RM50,000

SJKC Yok Meng – RM750,000

Tabung Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Limau – RM200,000.

Ucapan Muhyiddin:

PRK anggap ini amat bermakna bagi BN.

Kita mahu meletakkan calon kita, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Minta sokongan agar beliau boleh jadi wakil rakyat.

Walaupun Sungai Limau kawasan kampung tetap mahu pembangunan supaya hidup lebih senang.

Calon ini boleh memudahkan rakyat antaranya membantu sekolah Cina sebanyak 3 buah tidak ada masalah.

Baru-baru ini dalam bajet 2014, Perdana Menteri sebut mengenai tambahan peruntukan RM50 juta kepada pendidikan.

Kalau kerajaan BN tak bertanggungjawab tentulah tak bantu sekolah Cina dan tutup.

Dong Zhong hentam saya, kata saya mahu tutup sekolah Cina. Mana ada. Di Kuala Lumpur kata mahu tutup SKJC Damansara sebab kecil. Kita buat sekolah baru, sekolah lama tetap buka.

SJKC dan SJKT tetap akan buka. Kenapa Dong Zhong nak marah? Dia kata kerajaan mahu hapuskan Bahasa Cina kerana tambah sedikit masa Bahasa Melayu. Dia marah. Apa salahnya ini Malaysia, kita kena cakap semua bahasa.

Dong Zhong hentam kita, MCA, Gerakan macam kita tidak betul. Kita bantu semua tak ada masalah.

Kita kena tolong, orang Melayu pun miskin. Saya TPM mahu melihat Malaysia jadi maju. Kita kena bantu semua. – Utusan
sumber 

*** Aku bukan rasis.... tapi pengalaman PRU13 yang lalu benar-benar menguji kerasisan aku ...... 

No comments: