Tuesday, 22 October 2013

MANGSA BANJIR DI PERAK MENINGKAT

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri Perak terus meningkat kepada 1,077 orang berbanding hanya 808 mangsa pada petang semalam (Isnin).


Peningkatan angak itu berikutan tiga lagi kampung ditenggelami air.

Semua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara berbanding hanya empat pusat pemindahan dibuka semalam.  

Sembilan kawasan di sekitar Pantai Remis turut ditenggelami air.  Kawasan terbaru dilanda banjir ialah Kampung Batu Hampar dan Taman Bintang. Paras air di Kampung Sungai Batu, Kampung Parit Marikan, Taman Pantai Wang, Kampung Pantai Tin, Kampung Tebuk Yan, Kampung Batu13 Segari dan Kampung Padang Serai tidak menunjukkan sebarang perubahan.

650 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Batu
75 orang di Dewan Orang Ramai Tebuk Yan 
85 orang di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Serai 
199 mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Taman Bintang. 

Terkini 50 orang lagi telah dipindahkan ke pusat pemindahan yang baru dibuka awal pagi tadi iaitu di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar. 

Buletin Utama TV3.

No comments: