Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, ingatan itu perlu memandangkan proses pemilihan UMNO kali ini adalah penting kerana akan menentukan kedudukan parti pada masa depan.
"Saya minta semua calon yang tidak layak bertanding supaya akur dengan keputusan yang dibuat oleh UMNO peringkat Pusat.
"Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati, tidak akur dengan keputusan tersebut, dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan. Jadi semua orang kena ikut peraturan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Taklimat Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Selangor di sini hari ini.
Tambah Noh, beliau sebelum ini telah menemui pasukan pemantau pemilihan UMNO di negeri ini dan meminta mereka menjalankan tugas dengan adil seperti mana yang diarahkan oleh pengurusan parti itu di peringkat Pusat.
"Saya harap tidak ada isu pilih kasih terhadap mana-mana calon yang bertanding supaya para perwakilan berpuas hati. Pasukan pemantau pemilihan bahagian jalankan tugas mengikut peraturan dan arahan yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment