MB Kedah Dan Wakil Rakyat BN Sinting Seluar Harung Bah Tolong Rakyat
Kalau nak lihat pemimpin berjiwa Rakyat atau tidak, tunggulah apabila Rakyat susah, mereka turun padang atau tidak. Sekarang musim banjir di sebalah Utara tanahair terutama negeri Kedah dan Pulau Pinang. Orang utara panggil banjir sebagai bah. Inilah ciri-ciri Wakil Rakyat yang Rakyat perlukan. Seorang Menteri Besar dan Ahli Parlimen "sinting" kaki seluar untuk turun mengharung banjir membantu Rakyat.
Keikhlasan Menteri Besar Kedah dan Wakil-Wakil Rakyat beliau membantu Rakyat hanya Allah sahaja yang tahu. Biarlah gambar-gambar sahaja yang berbicara. Tidak guna beretorik untuk liberal, progresif dan mesra Rakyat sehingga senyum sampai ke telinga sekiranya nasib Rakyat tidak terbela. Biarlah orang-orang UMNO tidak menghargai Menteri Besar Kedah. Kami Rakyat Kedah sayangkan Menteri Besar kami.
Seterusnya..... klik di sini
*** Kekalahan beliau bukan bermaksa beliau kurang disenangi oleh para perwakilan, cuma bilangan undi tidak mencukupi untuk memintas Hishamuddin.....
No comments:
Post a Comment