Tuesday, 24 September 2013

WAWA ZAINAL LAHIRKAN ANAK AERIL ZAFREL

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Nafi Sudah Bernikah, Sorok Anak - Terbakor

GOSSIP terkini dunia artis tempatan sebagaimana laporan Kosmo! Hari ini menyebut bahawa sebuah stesen radio swasta hujung minggu lalu telah mengeluarkan satu gossip kononnya seorang pelakon wanita yang telah lama senyap dari dunia hiburan kini sudah melahirkan anak dan sedang berpantang.

Bapa kepada anak tersebut pula khabarnya adalah pelakon lelaki yang sedang popular dengan sebuah drama bersiri yang di’siarkan setiap petang di televisyen.
Dan spekulasi pun timbul mengatakan gossip tersebut merujuk kepada Wawa Zainal & juga Aeril Zafrel yang kebetulan sedang popular dengan Cinta Jannah di TV3.
Aeril Zafrel yang ditemubual menafikan perkara tersebut & berkata ianya hanya kata kata orang ramai yang tidak mempunyai bukti selain menegaskan sekali lagi yang hubungannya dengan Wawa Zainal hanya sekadar sahabat baik.
“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi & komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja”
Menjawab dakwaan yang Wawa Zainal telah hamil, Aeril Zafrel meminta semua pihak berhenti menyebarkan cerita jika tiada bukti.
“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga,” tambahnya lagi yang memaklumkan Wawa Zainal masih berada di Sabah untuk berubat.
 Sumber : Rotikaya

*** Teringat lagi pasal Mas Idayu... pregnant, balik kampung...bersalin n berpantang. Tapi empunya diri mati-mati menafikan.....katanya, bkn berpantang cuma balik kg, berubat sakit dalam perut...!!!

No comments: