Alhamdulillah.
Areku Naz mungkin tidak tahu atau bersifat kurang prihatin, saya sudah lali dengan kecaman sebegitu.
Tidak menjadi kudis kerana setiap individu tidak semestinya mempunyai pandangan sama. Sebagai pelayar laman sosial tiba-tiba hati terbuka untuk mengenali insan melontarkan komen seperti itu secara lebih dekat.
Wow! Baik kelihatan wajahnya, barangkali dilengkapi keperibadian mulia. Saya harap dia juga dilahirkan dalam keturunan cerdik dan cemerlang.
Maaf tuan, rupanya tuan berasa terlalu marah berikutan perkembangan pengurangan subdisi minyak.
Kalau tuan membayar RM2.10 untuk se liter petrol RON95, saya pun sama. Kita juga sama makan nasi, budu dan cili padi, darah kita tidak berbeza warnanya, tetap merah.
Tuan banyak rambut, kacak dan bergaya tetapi saya hanya manusia botak. Dari aspek pendidikan, tuan mungkin lebih cemerlang tetapi catatan beremosi tuan melambangkan status tahap pemikiran sebenar.
Kalau tuan Naz, penyokong parti pembangkang atau bukan kakitangan kerajaan sekalipun, cuba bertenang dan berfikir sebelum melontarkan komen, supaya tidak hanya bersandarkan kepada amarah. Tidak perlu keterlaluan setiap kali berhubung di laman sosial.
Memetik kata-kata bernas tuan di facebook ...
Kenyataan berterus-terang tuan saya siarkan secara percuma, tidak perlu membayar lebih 20 sen.
Simpan masuk tabung. - Sumber : mazidulakmal.com
No comments:
Post a Comment