Monday, 30 September 2013

17 CALON PEMILIHAN CEC DAP TARIK DIRI, ADA UDANG SEBALIK BATU..???


Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa tindakan 17 calon menarik diri daripada bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kali ini dirancang bagi mengekalkan status quo kepimpinan parti itu.

Dakwa Dass, beliau percaya keputusan menarik diri secara mengejut calon-calon berkenaan merupakan agenda terancang bagi memudahkan perwakilan membuat pilihan berdasarkan kehendak pemimpin tertentu dalam DAP.

"Saya percaya semua ini adalah agenda tersembunyi yang sudah dirancang.

"Jumlah 17 orang yang menarik diri adalah ramai...tindakan ini sangat mendukacitakan kerana ahli sudah mencalonkan mereka pada pemilihan yang lalu," katanya kepada pemberita pada Kongres Khas DAP di sini, Ahad.


Pada pemilihan semula CEC DAP pada Ahad, 17 daripada 68 calon mengumumkan menarik diri daripada bertanding.

Bagaimanapun nama 17 yang berkenaan masih terdapat dalam kertas undi berikutan jawatankuasa pemilihan menggunakan senarai nama asal yang digunakan pada pemilihan parti itu Disember lalu.

Sementara itu pada sidang media yang sama Dass turut mengedarkan memorandum kepada DAP yang mengandungi usul supaya mengadakan semula Kongres Khas DAP berdasarkan Perkara 8(6) Perlembagaan parti selain melantik bekas Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim sebagai Setiausaha Agung Penaja.

Selain itu Dass turut mencadangkan agar Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan DAP yang baru.

Bagaimanapun Ngeh yang menyedari namanya disebut oleh Dass enggan dikaitkan dalam isu berkenaan.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya tidak terlibat dengan dia. Dia langsung tidak datang berjumpa dengan saya memaklumkan mengenai kandungan usulnya itu," katanya. - kredit link

No comments: