Saturday, 3 August 2013

KARTUN HINA PDRM...???


Hari ini ‘viral’ di laman sosial Facebook dan Twitter berkenaan sekeping gambar lukisan yang seolah-olah memerli kreadibiliti Polis DiRaja Malaysia.

Gambar tersebut menunjukkan bagaimana sepasukan polis yang menaiki trak mengacukan pistol ke arah seorang lelaki bersama tiga ekor anjing.

Manakala di sebelah polis menunjukkan beberapa orang penjenayah yang memakai topi keledar mengacukan pistol ke arah orang awam.

Bukan itu sahaja, gambar itu turut menunjukkan yang penjenayah itu seperti bebas membunuh orang awam.

Asal usul gambar tersebut masih belum dipastikan.

Apa yang dipersoalkan adalah kewajaran gambar tersebut.

Jika kita lihat kebelakangan ini, seringkali berlaku kes pembunuhan orang awam menggunakan senjata api.

Terbaru, seorang peniaga cedera terkena tembakan ketika kereta yang dipandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat lebih kurang jam 8.45 pagi di Pandan Indah.

Sebelum ini turut berlaku beberapa kes tembakan yang meragut nyawa guru sekolah, pengasas sebuah bank terkemuka dan pemerhati antijenayah dan beberapa lagi kes.

Seolah-olah Malaysia ini merupakan sebuah negara yang bebas untuk membeli dan menggunakan senjata tersebut.

Mungkin pelukis gambar tersebut merasakan sudah tiba masanya untuk PDRM menyedari hakikat yang sebenarnya.

Justeru, pihak PDRM boleh melihat gambar tersebut dari kaca mata berbeza serta mengikut logik.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Nilaikan sendiri. @mynewshub

No comments: