IPOH – Selepas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mengambil pendirian sama hari ini.
Menurut Zambry, beliau telah menyatakan perkara itu kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya mahu beri ruang kepada calon-calon baru yang lebih berwibawa untuk memberi bakti kepada Umno dan parti memerlukan golongan baru untuk terus memantapkan parti.
“Malah sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, saya sendiri sudah menjadi ‘ahli’ untuk berada dalam mesyuarat MT Umno.
"Saya juga akan memberi pandangan dan pendapat saya demi kebaikan parti,” katanya kepada media selepas hadir majlis Hari Raya Aidilfitri 2013 anjuran Pemuda Umno Perak.
Zambry yang juga Adun Pangkor berkata, tidak timbul soal takut untuk bertanding atau sebagainya namun ia sejajar dengan kepentingan dalam membuat keputusan parti.
“Bukan soal takut atau tidak tetapi ruang yang ada lebih baik kita berikan kepada mereka yang ingin mencalonkan diri.
"Ini soal kebijaksanaan dalam membuat keputusan tanpa memikirkan tentang kedudukan," katanya lagi.SH
1 comment:
Tahniah DS, Keputusan Terbaik..
Post a Comment