Monday 26 August 2013

BERANIKAH MAT SABU SAHUT CABARAN TUAN IBRAHIM...???


Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka mencabar Mohamad Sabu bagi Timbalan Presiden PAS dalam muktamar pemilihan parti hujung tahun ini.

Perkara itu dilaporkan FMT berdasarkan sumber seorang pemimpin kanan PAS yang ditemui di majlis sambutan Aidifitri parti itu di Kuala Lumpur semalam.
“Ini yang kerap diperkatakan orang. Saya pasti ia akan berlaku.
“Mohamad Sabu kata dia tidak kisah,maknanya dia terbuka,” kata beliau yang juga bekas ahli parlimen.
Tuan Ibrahim yang dihubungi melalui SMS bagaimanapun, berkata, “Maaf. No komen buat masa ni.”
Manakala bagi jawatan Naib Presiden pula, pemimpin itu berkata, antara yang akan bertanding ialah ketiag-tiga penyandang iaitu Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.
“Tetapi ada beberapa muka baru yang akan mencuba nasib, antaranya ahli parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad,” kata pemimpin PAS itu lagi.
Daripada ketiga-tiga penyandang itu, Mahfuz dilihat mempunyai peluang yang lebih cerah kerana beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Pokok Sena dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Manakala Husam kalah di parlimen Putrajaya dan Salahuddin pula tewas di Pulai.  <  AIDC News  >

No comments: