Friday 12 July 2013

PUTERI ARAB SAUDI HADAPI TUDUHAN SELUDUP MANUSIA KE USA

LOS ANGELES :  Tuanku Puteri Arab Saudi, Meshael Alayban, 42, didakwa di California atas tuduhan memperhambakan seorang wanita Kenya dengan memaksa beliau bekerja dalam keadaan yang disifatkan mendera selain menyimpan pasportnya.


Meshael adalah salah seorang daripada enam isteri kepada cucu Raja Abdullah, didakwa memaksa wanita Kenya terbabit bekerja sehingga 16 jam sehari dan tujuh hari seminggu pada kadar gaji bulanan AS$220.

Pertuduhan yang dibacakan kepada Tuanku Puteri Arab Saudi itu adalah kesalahan menyeludup manusia iaitu seorang wanita warga Kenya ke Amerika Syarikat dengan memaksa mangsa untuk bekerja sebagai pembantu rumah domestik tanpa mendapa persetujuannya.

Mesyael yang ditahan Rabu lalu dikenakan ikat jamin sebanyak AS$5 juta. 

Sementara itu, pendakwaraya berkata, mangsa menandatangai kontrak dengan sebuah agensi pekerja yang menjanjikan beliau gaji sebanyak AS$1,600 sebulan untuk tempoh bekerja selama 40 jam seminggu - AFP

No comments: