Editor Berita akhbar Makkal Osai, Mohan Perumal antara paling lantang membelasah guru sekolah yang dikatakan mengarahkan pelajar bukan Islam makan di dalam tandas.
Dalam posting pertama beliau di Facebook mengenai isu ini beliau menulis :
@Tuan Zaharin Mohd Yasin @Najib Razak @Haji Rahim Mahmood Ini adalah tindakan Guru Besar Sekolah kebangsaan Sri Pristana yang memberi arahan kepada murid-murid bukan lslam untuk makan makanan mereka di perkarangan tandas semasa Bulan Puasa. Mungkin Allah dan Nabi Mohammad (saw) sendiri tak akan maafkan Guru Besar tersebut. Kepada ibubapa yang terlalu gairah hantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan padan muka. Apakah gunanya berpuasa dan solat lima kali, tetapi bertindak seperti anjing liar terhadap umat manusia sendiri?
Adalah jelas beliau tanpa soal siasat menghasut orang bukan Melayu membenci sekolah kebangsaan, menghina guru Islam sehingga mempersoalkan ibadah orang Islam. Beliau tanpa segan silu menuduh guru sekolah terbabit melayan pelajar bukan Islam seperti anjing liar.
Walaupun Saudara Mazidul Akmal sidek telah mendedahkan isu sebenar, maka tidak timbul langsung soal murid bukan Islam diarahkan makan di dalam tandas. Malangnya sehingga jam lapan malam ini, Mohan langsung tidak mengemukakan sebarang pembetulan.
Malah Malaysiakini.com juga melaporkan bahawa pelajar dibenarkan makan di dalam bilik persalinan sejak Mac lalu kerana kantin yang sesak sekaligus menafikan dakwaan kononnya pelajar bukan Islam di diskriminasi pada bulan puasa.
Tidak cukup itu, seorang pelajar sekolah berketurunan India turut menulis komen mengenai Pengetua melayu yang baik dan membantu kaum India, di dinding Facebook Mohan, langsung tidak dikomen oleh beliau.
Sebagai Ketua Pengarang sebuah akhbar Mohan sepatutnya menyiasat dan menyelidik sebelum memaki hamun guru dan menghina agama Islam atas dakwaan yang beliau belum pasti benar. Malangya beliau bukan sahaja gagal sebagai memberi laporan yang objektif, malah langsung tidak berminat membetulkan kenyataannya.
JOM LIHAT LAPORAN TERKINI DARI BLOG MAZIDUL ........
PELAJAR MAKAN DI BILIK PERSALINAN ( WAKIL PIBG, PEGAWAI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DAN GURU MAKAN DI MANA?) DAHSYAT SUNGGUH!
Pada bulan Mac 2010, saya menjalankan tugas di Kampung Beting,
Jakarta. Tandas penduduk setinggan tanpa dokumen sah itu terletak
DI LUAR rumah. Saya meniti jambatan di kampung itu untuk
bergerak dari rumah ke rumah.
Jakarta. Tandas penduduk setinggan tanpa dokumen sah itu terletak
DI LUAR rumah. Saya meniti jambatan di kampung itu untuk
bergerak dari rumah ke rumah.
Tersilap langkah, air najis agak pekat berwarna hitam dan coklat
menunggu saya di bawah. Klik di sini.
menunggu saya di bawah. Klik di sini.
Kedudukan tandas di kampung setinggan itu amat jauh berbeza
dengan lokasi tandas di kebanyakkan kondominium,
apatmen dan pangsapuri kita di Malaysia. Tandas
DI DALAM rumah dan acapkali kita menjamah makanan
di hidangkan di atas meja terletak kurang 2 meter dari tandas.
Namun kelompok hidup kaya raya, menetap di banglo besar,
barangkali berbeza. Ruang rumah lebih luas, tandas agak jauh
dari meja makan tetapi ruang membuang najis itu masih DI DALAM rumah.
Tidak mustahil, sesekali, sewaktu kita makan, bunyi pengguna tandas
di rumah sedang membasuh berak pun boleh didengari dari meja makan
namun makanan masih terus disumbat ke mulut. Itu pun kalau berak
berbasuhlah. Ada juga saatnya, kita terdengar pengguna tandas di rumah
terkentut kuat,berak cair dan bau najis turut menyelinap keluar dari
tandas tetapi kita tidak berhenti makan, mungkin hanya sekadar
tersenyum sahaja.

Biarpun berulang kali dinyatakan di entri terdahulu, pelajar SRK Sri
Pristana TIDAK berehat dan makan di TANDAS atau BILIK AIR,
sebilangan pembaca tidak dapat menerima fakta itu. Sebelum ramadan,
bermula Mac lalu, BILIK PERSALINAN pelajar perempuan dibersihkan
dan kemudian dinaiktaraf.
Menurut wakil Pejabat Pendidikan Daerah, ruang terbabit tidak berbau
busuk ataupun kotor.

Pelajar di sekolah sama juga diterapkan dengan kempen menjaga tandas
di kawasan sekitar agar sentiasa bersih. Maksudnya, TIADA tandas
di dalam bilik persalinan itu, seperti kedudukan tandas di dalam rumah
tempat kebanyakkan daripada kita berteduh di bandar.
di kawasan sekitar agar sentiasa bersih. Maksudnya, TIADA tandas
di dalam bilik persalinan itu, seperti kedudukan tandas di dalam rumah
tempat kebanyakkan daripada kita berteduh di bandar.
Lihat gambar di sini.
"Sewaktu meninjau ruang di bilik persalinan terbabit bersama wakil
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG serta kakitangan sekolah,
kami terlewat untuk pulang ke rumah. Jadi kami membuat keputusan
berbuka di ruang sama selepas doa dibacakan.
Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami berselera makan selepas

sehari menahan lapar dan dahaga" ujar beliau.
Gambar di bawah dihantar kepada saya oleh Yang DiPertua PIBG SRK
Sri Pristina, Hussein Mohd Ariff.
Sri Pristina, Hussein Mohd Ariff.
"Gambar itu, suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah
anggap sebagai tandas," kata Hussein.
anggap sebagai tandas," kata Hussein.
Apapun bermula hari ini, pelajar bukan beragama Islam akan meng-
gunakan kantin sekolah seperti biasa selepas kerja pengubahsuaian
selesai.
gunakan kantin sekolah seperti biasa selepas kerja pengubahsuaian
selesai.
Kepada semua pelajar di SRK Sri Pristana tanpa mengira bangsa dan
agama, selamat menuntut ilmu agar semua menjadi insan berguna
di masa akan datang.
agama, selamat menuntut ilmu agar semua menjadi insan berguna
di masa akan datang.
Sebilangan daripada mereka, barangkali akan menjadi pengendali blog
TANPA dibayar seperti saya. Justeru mereka tidak perlu untuk
mengikut telunjuk sesiapa dalam mencatatkan fakta di blog.
TANPA dibayar seperti saya. Justeru mereka tidak perlu untuk
mengikut telunjuk sesiapa dalam mencatatkan fakta di blog.
No comments:
Post a Comment