Sunday 21 July 2013

MISS MALAYSIA WORLD 2013 : PENGANJUR BATALKAN PENYERTAAN GADIS ISLAM

PARA peserta akhir Miss Malaysia World 2013 termasuk empat peserta beragama Islam yang diperkenalkan oleh penganjur dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru. Bagaimanapun penyertaan empat gadis Islam berkenaan digugurkan hari ini.


KUALA LUMPUR 20 Julai - Penganjur Pertandingan Miss Malaysia World 2013 membatalkan penyertaan empat gadis Islam yang terpilih antara 20 finalis pertandingan yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.


Penganjur, Datuk Anna Lim memaklumkan bahawa beliau membuat keputusan itu kerana akur dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menyatakan haram bagi wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Empat gadis tersebut ialah Kathrina Ridzuan, 23; Miera Sheikh, 19; Wafa Johanna de Korte, 19, dan Sara Amelia Muhamad Bernard, 20. - UTUSAN ONLINE

1 comment:

QalamQabut said...

Tahniah Datuk Anna Lim. Tak perlu kita mencari kontroversi lebih2 lagi di masa ini.