Saturday 1 June 2013

MOHON MAAF ATAU KENA SAMAN...!!!


CHONG CHIENG JEN AKHIRNYA TERIMA PADAH

Tiga bulan. Itulah tempoh yang akan dilalui Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching akibat daripada kata-kata fitnahnya (rekaan semata-mata) yang dibuatnya terhadap Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di luar Dewan Undangan Negeri pada hari terakhir persidangan DUN Sarawak.

Kata-kata (fitnah) Chong Chieng Jen itu mengandungi dakwaan palsu dan berniat jahat mengenai pentadbirannya di negeri ini.

Seharusnya Ahli Parlimen Bandar Kuching yang juga ADUN Kota Sentosa itu menyedari apa yang diungkapkannya dan tidak seharusnya menyalahkan orang lain di atas kata-katanya itu. Ketua Menteri Sarawak menyerahkan kepada budi bicara Chong untuk menentukan sama ada akan menarik balik dakwaan tersebut dan memohon maaf.

Menurut Taib, beliau memberi tempoh tiga bulan, saya tidak suka melakukan perkara ini dan saya agak bertolak ansur tetapi saya ada maruah.

“Bagi saya, ia bukan gimik politik tetapi ini dilakukan menurut kapasiti peribadi saya kerana beliau menuduh saya mengambil wang kerajaan berbilion dolar… ia sangat menghina.

“Jika beliau (Chong) memohon maaf, saya boleh biarkan tetapi saya harap beliau tidak melakukan perkara lain selepas itu kerana jika beliau berbuat demikian, beliau perlu menanggung semua akibatnya.

Sebelum ini, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap Chong kerana fitnah yang disebutnya di luar DUN mengenai sistem kewangan dan bajet negeri.

Justeru, Chong kini hanya mempunyai kurang 3 bulan untuk memohon maaf. Jika tidak, Chong terpaksa menerima hakikat bahawa saman dan mahkamah merupakan jalan terakhir yang akan dihadapinya kelak.

Pilihan yang diberikan Ketua Menteri Sarawak itu seharusnya digunakan sepenuhnya oleh Chong memandangkan Pehin Sri Taib Mahmud tidak pernah menyaman orang biarpun menang dalam kesnya di mahkamah.

Persoalan kini apakah Chong mahu memohon maaf kepada Pehin Sri Taib Mahmud jika benar kata-kata yang diungkapkan Chong itu tidak benar atau fitnah? Hanya Chong sahaja yang tahu jawapannya......

No comments: