Wednesday, 12 June 2013

FAKTA BLOOMBERG YANG PUAK-PUAK PR AKAN SPIN BAIK PUNYA....!!!

TERKINI! ANWAR & PEMBANGKANG TIDAK MAHU RAKYAT TAHU FAKTA PENTING INI!

Anda tentu masih ingat lagi omongan kosong Pakatan Pembangkang tentang pendidikan percuma di negara ini.

Mereka mengagung-agungkan negara Turki yang memberi pendidikan percuma kepada rakyat kerana kononnya mereka mengagihkan kekayaan negara untuk pendidikan. Tetapi satu perkara penting yang tidak diberitahu rakyat Malaysia ialah harga petrol di negara Turki adalah yang paling mahal sekali di dunia.


Bloomberg telah menyiarkan laporan 'Highest & Cheapest Gas Prices by Country'. Daripada 58 buah negara yang dilaporkan, Malaysia berada di tangga 53 negara paling mahal petrolnya. Turki berada di tangga nombor 1.

Dalam erti kata lain, Malaysia berada ditangga ke-9 Harga Termurah Petrol di Dunia

Cuba kita bandingkan harga petrol di Turki dan Malaysia. Ternyata, harga petrol di negara idola Pakatan Pembangkang itu adalah 4 kali lebih mahal jika dibandingkan dengan Malaysia!


Dan sudah pasti dengan keuntungan penjualan petrol tersebut, negara Turki sudah pasti dapat membiayai pendidikan percuma di negara tersebut.

Tetapi, walau pun negara Turki ada pendidikan percuma, rakyat negara itu masih bangkit berdemonstrasi menentang pentadbiran Erdogan yang dikatakan diktator.

Pembangkang juga mendakwa kononnya Malaysia tidak mengutamakan pendidikan sebaliknya mengutamakan pembangunan negara berbanding yang dilakukan negara-negara Skandinavia seperti Norway, Finland dan Denmark.

Kenyataan pembangkang itu ternyata satu lagi pembohongan dan mereka tidak memberitahu perkara yang sebenarnya. Jika merujuk Bloomberg, Norway berada di tangga 2, Denmark di tangga 10 dan Finland di tangga 12 negara paling mahal harga petrolnya. (Malaysia ditangga 53)

Harga petrol di semua negara rujukan pembangkang itu adalah 4 kali lebih mahal daripada negara Malaysia.

Bloomberg juga melaporkan bahawa Norway adalah di antara negara pengeluar utama petroleum dunia   tetapi harga petrolnya jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan Malaysia. Kerana itu juga, negara itu dapat menyediakan pendidikan percuma untuk kolej-kolejnya.

Norway is unusual in that it's the only major oil producer with expensive gas. Instead of subsidizing fuel at the pump, the country uses its oil profits for services, such as free college education, and savings for infrastructure improvements.







Fakta di atas tidak diterangkan oleh kepimpinan pembangkang kepad rakyat. Yang hairannya ialah ada juga rakyat yang percaya bulat-bulat dengan omongan kosong pemimpin pembangkang tanpa mahu tahu lebih lanjut tentang kesahihan perkara tersebut.

MiM sarankan agar kita lebih berhati-hati supaya tidak dibodohkan oleh pembangkang sekali lagi. Kita perlu berpegang kepada fakta dan bukannya sesuka hati pemimpin pembangkang sahaja.

Hutang negara Amerika Syarikat  berada pada US $ 16 trilliun berbanding Malaysia pada US $ 132 bilion. Fakta yng perlu kita tahu ialah bahawa hutang negara adalah pada 53% KDNK, satu nilai yang boleh diterima dan pendapatan negara lebih daripada RM 200 bilion setahun selepas PM Najib Razak mengambil alih tampuk kerajaan.

Pembangkang tidak pernah memberitahu rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan hutang negara. Mereka hanya memberitahu rakyat bagaimana mereka akan membelanjakan wang negara kita.

Yang lebih memalukan ialah ketidakefisienan kerajaan negeri Pakatan Pembangkang untuk mentadbir negeri. Selama 55 tahun BN mentadbir negeri Kedah, hutang negeri itu adalah hanya RM 1 bilion. Pakatan Pembangkang memerintah negeri Kedah selama 5 tahun dan hutang negeri itu telah meningkat kepada RM 3 billion!

Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang pula mendabik dada kerana kononnya berjaya mengurangkan hutang negeri itu padahal 90% daripada hutang negeri telah diserap oleh kerajaan BN Persekutuan. Maksudnya, kerajaan DAP Pulau Pinang perlu berterima kasih kepada kerajaan BN Persekutuan dan bukannya menyembunyikan fakta ini daripada rakyat.

Kerajaan Pakatan di negeri Selangor pula menyambung perancangan dan kejayaan yang telah diusahakan oleh kerajaan BN negeri sebelum mereka. MiM

No comments: