Menurut bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar Ibrahim sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan Pakatan Pembangkang menerima mandat rakyat dalam PRU-13 lalu. Atau lebih tepat lagi Anwar gila kuasa dan khayal untuk menjadi Perdana Menteri.
Sifat gila kuasa yang dimiliki Anwar itu mengakibatkan Ketua Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.
Mempunyai pengalaman bersama Anwar sewaktu mengasaskan PKR, Chandra memberitahu Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.
"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.
"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin Pakatan Pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas.
Pada masa yang sama, Chandra berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot.
Selain tidak mengiktiraf demokrasi dan menjadikan perhimpunan dan protes jalanan sebagai medan untuk mendapatkan sokongan rakyat, kebanyakan penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang termasuk penyokong tegar Anwar sendiri kini mula sedar.
No comments:
Post a Comment