Sunday, 2 June 2013

ADUN PAS SUNGAI RAPAT LARI TANGGUNGJAWAB...???

Gambar Inilah Yang Membuatkan 100% pengundi Cina menyokong Radhi Zainon  kerana mereka anggap Hero penyelamat Bangsa Cina

Sejak kemenangan yang diidam-idamkan oleh penganut Pas Sungai Rapat menghampiri sebulan lamanya sehingga kini kelibat batang hidung Radhi Zainon yang memenangi PRU13 yang lalu langsung tidak kelihatan.

Jika sebelum PRU13 Radhi Zainon cukup galak turun padang mencari kesalahan Dato Hamidah tetapi bila menang Radhi Zainon terus bersembunyi takut masyarakat minta bantuan dan kini masyarakat tahu siapa pembohong sebenarnya.

Hampir sebulan jugalah Pas masih lagi meraikan kemenangan yang diperolehinya hasil bersama sabotaj beberapa pengkhianat Umno Bahagian Gopeng sendiri yang sengaja mahukan kekalahan berlaku kerana nama orang harapan mereka tidak dicalonkan untuk menjadi calon.




Walaupun kemenangan Pas dibantu dengan unsur-unsur sabotaj daripada Pengkhianat Umno Gopeng tetapi kelebihan undi yang diperolehi tidaklah terlalu jauh cuma 2600 sahaja.

Yang menjadi mangsa sekarang adalah pengundi Dun Sungai Rapat yang hampir saban hari datang dan masih menunggu dihadapan pejabat Khidmat Adun Sungai Rapat(BN). Ada yang datang membawa borang bantuan JKM(Jabatan Kebajikan Masyarakat), ada yang datang bawa bil api, air yang telah dipotong untuk memohon kepada Dato Hamidah tolong bayarkan, ada yang datang bawa borang persekolahan anak-anak untuk ditandatangani.

Walaupun sudah berkali-kali orang memberitahu pergi ke pusat Khidmat Adun Pas tetapi mereka masih berdegil kerana kata mereka mereka tak kenal langsung dan tidak tahu dimana pejabat Adun Pas tersebut.

Mereka pula dikatakan pergi kepada penghulu Mukim Sungai Terap tetapi Penghulu tidak melayan mereka yang mahu meminta tandatangan Penghulu tersebut.

Disini timbul persoalan apakah Adun Pas hanya untuk 'menterdarah' gaji buta tanpa membantu rakyat, apakah halal gaji yang dimakan itu.

Inilah risiko jika rakyat tersalah memilih wakil rakyat yang akan menjadi mangsa adalah rakyat miskin, orang kampung sedangkan pemimpin yang melakukan pengkhianatan tersenyum lebar tanda puas.

Yang lebih menyedihkan apabila beberapa ketua kampung menelefon Adun Pas tetang bantuan-bantuan dan turun padang, beliau menjawab tunggu 5 tahun lagi.

Kredit to : Sungai Rapat Online

No comments: