Wednesday 1 May 2013

LAHAD DATU : DALANG BAKAL DIKETAHUI


Misteri siapa dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu yang mengorbankan 10 orang anggota keselamatan kini semakin terungkai.

Ini berikutan PDRM akan menghantar pegawainya ke sebuah negara jiran dalam masa terdekat untuk merakam keterangan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Langkah itu susulan artikel yang ditulis oleh Raja Petra yang mendakwa mempunyai maklumat bahawa Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan insiden di sana.

Artikel yang bertajuk Kisah di sebalik insiden Lahad Datu disiarkan Raja Petra di dalam lamam web tersebut pada 25 Mac lalu.

Menurut sumber, pertemuan tersebut dijangka diadakan oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di salah sebuah negara jiran dalam dua atau tiga hari lagi sejurus selepas Raja Petra tiba dari Manchester, UK.

Sumber itu bagaimanapun menafikan Raja Petra mungkin akan ditahan tetapi hanyalah pertemuan bagi membolehkan rakaman percakapan beliau dibuat.

"Pihak JSJ terpaksa memanggil Raja Petra untuk dirakam keterangan selepas beliau menyiarkan kenyataan di dalam blog miliknya bahawa beliau mempunyai bukti yang dapat mengaitkan penglibatan Anwar dalam insiden tersebut. Bagaimanapun rakaman percakapan tersebut tidak akan diadakan di negara ini memandangkan Raja Petra enggan pulang ke Malaysia buat sementara waktu" katanya.

Raja Petra dalam blognya mendakwa mempunyai butiran setiap perjumpaan yang berlangsung di antara Anwar dan bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Miusari.

Ini termasuk perjumpaan yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Jakarta Indonesia yang diaturkan oleh seorang ahli parlimen republik itu pada 16 Julai 2012.

Pada 4 Ogos 2012 pula Anwar dilaporkan menaiki penerbangan MH704 ke Manila untuk pengesahan satu perjanjian di percayai berhubung PRU13.

"Pihak polis percaya melalui rakaman percakapan Raja Petra dapat membantu menyelesaikan siasatan insiden berdarah tersebut selain mengenal pasti dalang sebenar di sebalik pencerobohan itu".  

No comments: