Friday, 26 April 2013
PRU13 : ANWAR TERUS KELENTONG RAKYAT.....
BERA : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui diri beliau lebih arif soal kewangan negara berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Calon PKR bagi kerusi Permatang Pauh itu seperti lazimnya mencanang pengalamannya selama lapan tahun menjadi Menteri Kewangan bagi meyakinkan rakyat tentang manifesto pembangkang, mampu dilaksanakan.
Manifesto Pakatan Rakyat yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat dibentangkan 25 Februari lalu, dengan menjanjikan pelbagai pemansuhan dan pengurangan kos demi 'membebaskan' rakyat daripada belenggu kewangan.
Dalam ceramahnya di Simpang Kepayang, di sini malam tadi, beliau buat kesekian kalinya berjanji untuk mengumumkan pembatalan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan ini juga, selepas berjaya mengambilalih kerajaan.
"Bulan Mei ini juga umum batal PTPTN...(Tan Sri) Muhyidin pasti jawab bankrap..saya kadang-kadang menyampah dengan jawapan itu. Saya bukan bodoh, saya jadi menteri kewangan lama.
"Hutang masa Najib (Menteri Kewangan) RM540 billion...Tapi ceritanya dia menteri kewangan paling pandai," katanya sambil tersenyum sinis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pagi semalam mengatakan janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang 'tidak masuk akal' kerana tiada penelitian kewangan untuk memungkinkan semua perkara dalam manifesto mereka tertunai.
Tambah Najib, mengendalikan satu-satu kerajaan perlulah dengan perancangan yang teliti, dan bukan sekadar janji populis dengan memberi harapan kepada rakyat.
"Segala bayaran kita mansuhkan, kalau tak bagi percuma, kita kurangkan. Itu cara nak jadi popular. Tapi nak kendalikan kerajaan bukan cara macam itu.
"Sebelum kita bagi percuma, atau kurangkan bayaran, kita mesti tahu bagaimana nak memakmurkan negara. Sebab itu tema belanjawan saya untuk tahun ini memakmurkan negara, mensejahterakan rakyat,"kata Najib. SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment