Monday 22 April 2013

DATO MICHELLE YEOH SOKONG BN, MAHU RAKYAT MEMBERI MANDAT YANG KUKUH KEPADA DS NAJIB....!!!


Pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh menolak bidasan pembangkang yang mengkritik Perdana Menteri dan meminta rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak."Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa dan akan melakukan banyak lagi perkara yang baik," katanya kepada kira-kira 60,000 hadirin pada majlis makan malam yang dianjurkan oleh Persekutuan Keturunan Cina Selangor.

"Saya, setulus ikhlas berharap bahawa beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan saya minta anda semua untuk memberinya mandat yang kukuh," katanya.Yeoh menjadi sasaran bidasan oleh penulis blog pro pembangkang selepas bintang 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' itu menerima jemputan untuk menghadiri majlis makan malam semalam.

Bagaimanapun, beberapa pihak, termasuk bapanya, Datuk Yeoh Kian Tiek, mempertahankan tindakan Michelle itu, sambil mengingatkan bahawa anaknya seperti semua rakyat negara ini berhak untuk menyokong mana-mana parti politik. Sambil menggesa pembangkang supaya lebih terbuka, Kian Tiek berkata anaknya berhak untuk menghadiri mana-mana majlis makan malam atau acara.

"Kita perlu menghormati hak setiap pengundi, bukan mengkritik mereka dan mendakwa bahawa mereka tidak patut mengundi BN. Itulah semangat demokrasi," Kata Kian Tiek.

Manakala seorang blogger Jovis Low pula berkata, pada ucapan Perdana Menteri, meminta rakyat supaya menolak pembangkang. Beliau berkata, sesetengah ahli-ahli politik membicarakan "Ubah" tetapi rakyat tidak mahu perubahan yang akan menjadikan malaysia sebuah negara yang aman sekarang kepada negara yang penuh dengan konflik dan keganasan.

Antara tulisannya yang menarik ialah, "Malaysia mencapai pertumbuhan 5.6 peratus pada tahun lalu - antara yang tertinggi di dunia. "Adakah anda mahu menukar semua kejayaan ekonomi yang telah kita capai? "Saya tahu jawapannya tentu tidak,"

Kita mahu bertransformasi kearah kemajuan yang lebih baik, bukan perUBAHan yang lebih buruk dan jahanamkan negara!

McTheory

No comments: