Friday, 1 March 2013

TERCETUSNYA KRISIS MAUT DAN BERDARAH DI LAHAD DATU....



Media Filipina melaporkan penceroboh Sabah dari Kesultanan Sulu telah berbalas tembak dengan tentera Malaysia di Lahad Datu dan dikatakan bahawa beberapa orang dari kedua belah pihak telah terbunuh dan cedera.

Akhbar Philippine Star  melaporkan bahawa pihak tentera Malaysia telah memulakan serangan terhadap kubu pihak peceroboh di sini hari ini... 

Berikut adalah Kenyataan Rasmi Pesuruhjaya Polis Sabah...



Kenyataan Rasmi PDRM
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib :

2 anggota Komando TERKORBAN,
3 CEDERA
12 org penceroboh MAUT

Berikut dipaparkan beberapa gambar suasana di Lahad Datu yang dirembat ..... di sini



AL-FATIHAH ..... Berikut dipaparkan Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu ( dirembat .... di sini ) :


1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

TETAPI....SEBELUM BERITA DI ATAS DIKELUARKAN......
BERIKUT DIPAPARKAN VIDEO DAN BERITA DARI BERNAMA MENGENAI BERMULANYA SERANGAN  TERSEBUT :

Inilah khabar yang didapati dari youtube, Wallahualam....


Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama

No comments: