Pada tahun 2011, tausug-global melaporkan Nur Misuari mendekati ‘Sultan Sulu’ bernama Sultan Fuad A. Kiram I, seorang individu yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan Filipina.
“Bagaimana jika Malaysia tidak akan kembalikan Sabah, apa yang kita harus lakukan? ” tanya Nur Misuari kepada orang ramai di mana ketika itu Fuad A. Kiram I turut berada di sisinya.
Orang ramai menjawab, “kita akan berjuang dan kita akan pergi berperang!”
Nur Misuari membalas, “kita akan berdamai, tetapi jika kita diprovokasi kita mempunyai hak untuk mempertahankan diri.”
Itu laporan Asree Sug bertajuk “Kegilaan Filipino bersama penyamar Sultan Sulu di facebook” yang ditulis pada 29 Julai 2011.
Pada 18 Oktober 2012, Tausug Global melaporkan Nur Misuari mendekati pula anak-anak Datu Punjungan iaitu Sultan Jamalul III dan Sultan Esmail II.
“Secara kasar kita melihat Prof Nur memanaskan kes tuntutan terhadap Sabah ini adalah kerana dendamnya terhadap peristiwa lalu yang dilakukan oleh Malaysia terhadap dirinya. Sebelumnya kita melihat beliau didampingi oleh Sultan Fuad Kiram, seorang Sultan boneka Malacanang berwarganegara Filipino. Mereka menyuarakan bersama untuk menuntut Sabah untuk diserahkan kepada Filipina.
“Kemudian beberapa ketika kemudian terdengar desas-desus bahawa Prof Nur rapat pula dengan Sultan-Sultan boneka dari anak-anak Datu Punjungan iaitu Sultan Jamalul III dan Sultan Esmail II tetapi juga dilaporkan gagal.
“Beliau nampak berusaha untuk melakukan satu gabungan yang boleh menghasilkan impak. Impak itu ditujukan kepada siapa sudah pun jelas,”lapor Tausug Global dalam artikel bertajuk “Facebook : Philippine Sabah Claim Forum ambil kesempatan dari kemelut perjanjian MILF-GPH.”
Dalam artikel itu, Tausug Global turut juga mendedahkan pertemuan tokoh pembangkang Sabah, Dr Jefrrey Kitingan telah berjumpa dengan seorang lagi yang mendakwa sebagai Sultan Sulu iaitu Sultan Muidzullail T Kiram.
Menurut Tausug Global, Sultan Muidzullail T Kiram juga berminat untuk bergabung tenaga dengan Nur Misuari yang kecewa disisihkan daripada perjanjian damai MILF- GPH (kerajaan Filipina).
Sultan Sulu bersama Jamalul Kiram III & Esmail II
Tausug Global dalam artikelnya bertajuk “Siapa penceroboh di Lahad Datu ?” yang ditulis pada 18 Februari 2013 mendedahkan Jamalul Kiram III dan Esmail Kiram II telah mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Sultan Sulu’ bersama, suatu perkara yang bersalahan dengan protokol kesultanan Sulu.
Blog ibnurusydi menjelaskan kenapa berlakunya dua ‘Sultan Sulu’ diisytiharkan serentak dalam satu masa.
“Selepas kematian Sultan Punjungan Kiram pada tahun 1983, anak sulungnya iaitu Raja Muda Jamalul Kiram III telah ditabalkan oleh para penyokongnya sebagai Sultan Sulu.
“Walau bagaimanapun, kerana dia tinggal di Manila dan enggan berdiam di Jolo, bertentangan dengan adat Sulu, maka adiknya, Raja Muda Esmail Kiram II kemudian telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 2001.
“Sultan Jamalul Kiram III ini pernah bertanding dalam pilihanraya negara Filipina. Sementara Sultan Esmail Kiram II inilah ‘Sultan Sulu’ yang pernah mengancam untuk melancarkan ‘Perang Jihad’ kepada Malaysia pada tahun 1993 dan 2001 jika Sabah tidak diserahkan kepadanya. Atau sebagai balasannya, bayar sahaja ganti rugi sebanyak USD 10 Bilion kepadanya. Dapat baca niat sebenar mereka ini???,” dedah blog itu.
Menurut blog itu lagi, Punjungan Kiram iaitu bapa Jamalul Kiram III dan Esmail II bukan mewarisi keturunan diraja Sulu kerana zuriatnya dilahirkan semasa ibunya, Mora Napsa Laga berkahwin dengan rakyat biasa bernama Amil Hamja sebelum dirampas untuk dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit. d
“Justeru itu, Punjungan ini sebenarnya hanyalah anak tiri kepada Sultan Mawallil Wasit,” dedahnya.
Fakta yang sama turut disokong oleh Tausug Global dalam artikelnya bertajuk ” The fake Sultans of Sulu : Satu pendedahan Ngeri !!!.”
Muslihat Misuari sokong Jamalul Kiram III
Akhbar berpengaruh Filipina, The Philippine Star melaporkan pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan beberapa orang lagi sebagai ‘dalang’ yang mempengaruhi ‘Sultan Sulu’ Jamalul Kiram III.
Akhbar tersebut memetik sumber pejabat Presiden Filipina yang mengatakan selain Nur Misuari, turut terlibat dengan komplot tersebut adalah bekas penasihat keselamatan, Noberto Gonzales; bekas wakil rakyat Tarlac, Jose Cojuangco dan calon senator, Margarita Cojuangco.
Pada 14 Febuari lalu sekumpulan individu asing mendakwa kerabat diraja Sultan Sulu bersenjata memasuki Lahad Datu dan mengemukakan tuntutan mereka terhadap kerajaan Malaysia.
Ketua kumpulan tersebut dipercayai adik kepada lelaki yang dikenali sebagai Jamalul Kiram III yang mendakwa beliau merupakan ‘Sultan Sulu’.
Adik lelaki ‘Sultan Sulu’ itu adalah Datu Aghbimuddin Darus Kiram @ Azumudie dilantik sebagai ‘Raja Muda Sulu’ yang mengetuai pencerobohan tersebut.
Apabila pihak keselamatan Malaysia mula bertindak balas terhadap penceroboh itu, Misuari memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin @ Azumudie.
“Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami,” katanya.
“Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,’ tambah Misuari.
Philstar.com mendedahkan rombongan Raja Muda Agbimuddin @ Azumudien yang mendakwa sebagai Angkatan Tentera Diraja Kesultan Sulu sebenarnya pasukan bersenjata MNLF yang masih setia dengan Misuari.
“Seorang pegawai tentera berpangkat berkata pengerusi MNLF, Nur Misuari merancang pencerobohan untuk menarik perhatian kerajaan Filipina dan masyarakat antarabangsa,”lapornya.
Fakta itu makin jelas apabila pada 6 Mac, philstar.com melaporkan Misuari telah berjumpa dengan Jamalul Kiram III untuk menyatakan sokongan padunya terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment