Saturday 16 March 2013

HARAKAHDAILY PADAM ARTIKEL GAMBAR 'LUCAH' ANWAR IBRAHIM.....



AIDCNews – 16/03/13 – RBF Online melahirkan rasa hairan dengan sikap pengurusan harakahdaily.net yang memadamkan artikel ‘Gambar Anwar bercumbu dengan lelaki mula beredar’ sedangkan organ parti Pas itu merupakan portal berita online pembangkang yang pertama menyiarkannya.
“Tadi bukan main gedebe hentam Umno disebalik penyiaran gambar tersebut….tup….tup….mereka yang lesapkan dulu berita itu,”kata RBF dalam artikel bertajuk “Gempar ! Harakah Dah Buang Berita Anwar Bercumbu Dengan Lelaki

Walaupun blog raja goyang 360 hanya menamakan pelaku dalam foto-fotonya itu sebagai ‘Raja Goyang’, namun harakahdaily.net dalam artikelnya pula seakan-akan mengesahkan individu itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyiaran artikel awal pagi tadi oleh harakahdaily.net, walaupun seperti nampak seperti membela Anwar, namun menurut RBF, ia diibaratkan sebagai ‘sokong membawa rebah’.
“Sehingga ke saat ini belum ada lagi mana-mana media pro pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysia insider atau Free Malaysia Today yang menyiarkan berita berkenaan. Tiba-tiba media rasmi Pas, harakah daily menjadi media pro pembangkang yang pertama menyiarkan berita berkenaan pagi ini.
“Maknanya apa ?
“Maknanya mereka memang nak bunuh karier politik Anwar….mereka nak supaya orang-orang mereka supaya terus menolak Anwar daripada diangkat sebagai PM, dan dalam masa yang sama nak beritahu orang-orang PKR bahawa ketua kamu tak layak jadi PM.
“Anwar sendiri pun belum ulas apa-apa lagi tetapi media Pas cepat-cepat dah sebar berita berkenaan….
“Walaupun tulisan mereka menghentam Umno , tetapi biasalah kita boleh faham apa maksud mereka. Ibarat kata pepatah, pukul anak sindir menantu….,”katanya dalam artikel “Harakah Cekap Ambil Kesempatan Supaya Ahli-Ahli Pas Terus Tolak Anwar
*** HarakahDaily merupakan media pro-pembangkang pertama yang menyiarkan mengenai gambar 'lucah' Anwar Ibrahim tersebut.... tetapi atas arahan siapa dan kepentingan apa tiba-tiba artikel tersebut....'hilang'...???

No comments: