Tertarik dengan artikal ini. MB melihat dunia hari ini benar-benar bermain dengan prepsepsi yang di ciptakan oleh puak-puak tertentu bagi mengejar KUASA POLITIK. Dakwaan seorang mahasiswa dari HELP UNIVERSITI ini ternyata hanya mendengar daripada mulut puak-puak yang mencetuskan ketidaktenteraman di negara tercinta ini.
MB dapati penuntut tersebut langsung tidak pernah menghadiri program atau kursus yang di anjurkan oleh pihak Biro TataNegara. Malah segala diceritakannya itu di momok-momokkan oleh tangan-tangan ghaib. Dakwaan menyatakan BTN ini menanam api kemarahan dan kebencian kepada pembangkang ternyata jauh menyimpang kerana BTN menyemai semangat Patriotisme cintakan tanah air.
Modul BTN hanya menceritakan realiti sejarah tanah air dan dasar gagasan 1Malaysia. Malah sejak beberapa tahun ini, BTN telah melakukan anjakan Transformasi yang jauh ke hadapan dengan memberi nilai tambah kepada peserta program dan kursus. Pendekatan yang digunakan sekarang sangat diterima oleh mahasiswa, anak muda dan golongan tua.
Nasihat MB di sini kepada penuntut tersebut agar jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Pergilah bertanya kepada mereka yang pernah menghadiri kursus-kursus dan program yang dianjurkan oleh BTN sejak kebelangkangan ini. Manfaatnya agar berita yang sebenar-benarnya dapat di perolehi dan anda tidak melakukan FITNAH. J
No comments:
Post a Comment