Tuesday 12 February 2013

3 KREW PRODUKSI DISCOVERY CHANNEL TV TERKORBAN NAHAS HELIKOPTER


LOS ANGELES - Tiga krew produksi program Discovery Channel TV terbunuh dalam nahas helikopter di utara Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pegawai bomba tempatan, Robert Diaz berkata, kemalangan berlaku ketika kesemua krew berkenaan sedang melakukan penggambaran bagi rancangan realiti terbaru di Rosa Polsa Ranch berdekatan Acton.

“Ketiga-tiga krew maut di lokasi set penggambaran yang direka khas untuk rancangan realiti terbaru dan punca kejadian masih disiasat,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati helikopter tersebut dipercayai terbang rendah ketika sedang melakukan penggambaran. - AP

No comments: