Sunday, 20 January 2013

NAH! AMEKKAU..!!! OKU DAP BERI TAMPARAN BAIK PUNYA PADA PAS...



Karpal Singh beri amaran kepada presiden Pas agar beri arahan kepada dewan ulama pas supaya menarik balik larangan penggunaan kalimah Allah dalam bible. Jika amaran ini tidak diendahkan pas akan ditendang keluar dari pakatan rakyat
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh telah meminta agar Majlis Syura PAS membuat keputusan yang selari dengan kehendak serta pendirian Pakatan Rakyat, terutama sekali yang membabitkan KALIMAH ALLAH. Secara tidak langsung, Karpal Singh kembali mengulangi pendiriannya, PAS perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu jikalau hendak memperjuangkan Islam, Negara Islam atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

Majlis Syura PAS pada 14 Januari lalu telah membuat keputusan bahawa KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam untuk sebarang tujuan kerana ia bertentangan dengan maksud sebenar KALIMAH ALLAH yang tidak boleh diterjemahkan dalam mana-mana bahasa di dunia ini.



Pada malam Tahun Baru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuat perutusan di blognya, mendesak agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk Bible versi Bahasa Melayu. Bible versi bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu, tidak pula menukarkan perkataan GOD dan LORD kepada ALLAH, malah DAP secara tegas berpendirian bahawa KALIMAH ALLAH hanya sesuai untuk Bible berbahasa Melayu sahaja.

PAS dari tahun 2008 lagi telah bersetuju agar KALIMAH ALLAH dibenarkan guna kepada orang bukan Islam, terutama untuk tujuan penyebaran agama mereka. Konon-kononnya dengan cara itu, Islam dapat didakwahkan kepada mereka.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada keadaan semasa dan sejarah, KALIMAH ALLAH yang digunakan di dalam Bible versi Bahasa Melayu hanya digunakan untuk memurtadkan umat Islam, sepertimana yang digunakan dalam Bible versi Bahasa Arab. Bible dalam Bahasa Latin yang menjadi Bible utama dan diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain, tidak langsung mempunyai sebarang kalimah ALLAH.



‘Arahan’ daripada Karpal Singh itu, sebenarnya mempunyai signifikan yang cukup besar kepada PAS. Walaupun bunyinya cukup lunak dan bersopan santun, Karpal Singh telah meminta agar Presiden PAS menggunakan kuasanya untuk memansuhkan keputusan Majlis Syura, meskipun... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

Juga.... di sini

2 comments:

Anonymous said...

TAK SABAR NAK TENGOK TINDAKAN PAS SELEPAS INI. ADAKAH PAS AKAN TUNDUK PATUH PADA ARAHAN DAP MACAM ANJING JINAK BELAAN DAP ATAU MENENTANG YG BATIL DEMI MENCARI YG HAK. SANGGUP KE PAS KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT DAN KEHILANGAN PELUANG SAMA SEKALI UTK DUDUK DI PUTRAJAYA? MANA SATU YG PAS KEJAR, KUASA ATAU MENEGAKKAN SYIAR ISLAM?

anak kecil

Mama AzS said...

terang lagi bersuluh....heran macam mana nik aziz bleh setuju bergabung dgn DAP nie...