Petikan laporan Harakah:
“KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.
Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.”
Persoalannya seperti berikut:
Takkan kesemua 80-90 peratus kaum Tionghua itu yang menyokong Pakatan hanya terikut-ikut rentak media pro-pembangkang seperti Malaysiakini sahaja.
Sekiranya The Star ikhlas membawa mesej kempen Barisan Nasional, takkan juga tiada sekerat pun dari kalangan 1.3 juta orang pembaca suratkhabar itu yang mampu membuat penilaian terhadap Lim Guan Eng secara kritis?
Akan tetapi sebaliknya yang berlaku. Sudah beberapa kali Guan Eng telah mengamok dan menyindir seorang wartawan yang pernah menulis rencana-rencana pedas tentang Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Namun majikan beliau The Star membiarkan sahaja pengarang kanan wanita tersebut dicemuh.
Wartawan yang dilenting Guan Eng tidak terbela oleh The Star.
Manakala pengerusi NUJ (kesatuan wartawan) yang mentweet “Oi Big Mama” – merujuk kepada Rosmah Mansor – telah dinaikkan pangkat dan diberi jawatan bergaji eksekutif pula oleh jentera media MCA itu.
Tiada laporan Star tentang cabaran ‘Allah’ dikeluarkan Guan Eng
Guan Eng mendesak supaya orang Kristian dibenarkan untuk memakai kalimah Allah. Dia berkata demikian dalam utusan pra-Krismasnya pada 24 Dis.
Setakat ini sudah selang 3 hari tetapi The Star masih belum melapor tentang berita tersebut. (Screenshot senarai penuh rencana-rencana berita 24-26 Dis ada di kaki halaman).
Pesaingnya NST pun ada memaparkan tajuk berita, ‘Mohd Ali [Rustam]: Guan Eng seeking to divert attention from land issue‘.
Yang The Star ada sebut itu sekadar satu baris ayat semalam (25 Dis), memetik Guan Eng sebagai berkata: “Christmas celebrates the blessings of peace, prosperity, forgiveness and salvation.”
Amat pantang The Star mengkritik evangelis DAP
Lantaran tindakan akhbar tersebut mendewa-dewakan politikus DAP 2.0 serta menutup aib mereka, maka kesannya ialah prestasi MCA bukan sahaja tidak dapat pulih tetapi terus jatuh merudum.
Dalam jangkamasa 4½ tahun lepas melangkau tempoh pasca-PRU12, MCA makin hari makin tenat gara-gara ditikam belakang oleh orang parti dan kakitangan sendiri.
Adakah MCA memang betul-betul buta dan bodoh merelakan dirinya selalu dianiaya? Ataupun tepat apa yang dibisik hati kecil Hasan Ali bahawa MCA sebenarnya bersubahat dalam diam untuk memajukan agenda tersirat?
BACA SETERUSNYA..... DI SINI
No comments:
Post a Comment