Sunday, 9 December 2012

KISAH NABI ISA BUAT WARGA AMERIKA PELUK ISLAM.....


Lelaki warganegara Amerika Syarikat, Robert Paulding Rovers, 30-an (tengah) memeluk Islam di hadapan imam selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kelmarin.

PUTRAJAYA  - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tertarik memeluk agama Islam selepas membaca kisah Nabi Isa dalam al-Quran yang tidak terdapat dalam kitab-kitab agama lain.

Robert Paulding Rovers, berusia dalam lingkungan 30-an atau nama Islamnya, Rahim Abdullah membuat keputusan memeluk Islam selepas menyelami dan mengkaji secara mendalam agama itu hampir tiga tahun lalu.

Walaupun pernah melawat beberapa negara lain, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam di Malaysia kerana tertarik dengan cara hidup sederhana dan harmoni masyarakat Islam bersama penganut-penganut agama lain.


Rahim melafazkan kalimah syahadah di depan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahmad Rijal Ghazali selepas solat Jumaat semalam.

Rahim ketika dihubungi berharap dapat mengubah persepsi barat yang sering kali mengaitkan Islam dengan keganasan walhal perkara itu jauh berbeza daripada apa yang dilihat dan dialaminya.

"Saya turut berterima kasih kepada kenalan Facebook dari Afrika yang banyak membantu saya dalam mengenali agama Islam dengan lebih mendalam," katanya di sini hari ini.

5 comments:

Anonymous said...

Memang dimana-mana pun apabila nama 'nabi' Isa di sebut ianya akan menarik minat semua pembaca. Kerana ianya satu-satunya 'nabi' yang tak pernah berbuat dosa selain dari menyembuhkan orang yang sakit dan menghidupkan kembali orang yang telah mati. Tak kira apapun version kalau ianya tentang 'nabi' Isa ianya tetap 'nabi' Isa (dalam bahasa Inggeris JESUS). Anggaplah orang putih ni sebagai pengikut nabi Isa walaupun berada di masjid.

Bicara Perjuangan said...

tapi beliau telah melafazkan kalimah syahadah. bukankah di dalam kalimah itu bersaksi bahawa nabi muhammad saw itu adalah pesuruh Allah?... Wallahu'alam

Anonymous said...

Kalau inginkan si anak bukan beerti inginkan si ayah, walaupun ayahnya adalah wali. Moral cerita ni adalah 'The blind leading the blind'!

Afiqah Anuar said...

Hey anonymous ! ckp baik2 sikit eh ! Da takde kat situ senyap jela.. kiteorg smue saksi kat situ. Imam masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin crita kat kteorg pejalanan hidup robert tu sndiri. sb kiteorg da 3 mnggu dok kt stu. kiteorg thu la. SYE RASE ANONYMOUS NI SEPATUTNYA GEMBIRA APABILA ADA ORANG MASUK ISLAM ! BUKAN NYA BERBURUK SANGKA ! (Pelajar Kem Thfiz Al-Quran di Msjid Tuanku Mizan )

Afiqah Anuar said...

Jangan nak buruk sangka sangat. Org yang bru memeluk islam tu masuk islam sbb nya mereka mngkaji Al-Quran dan Islam itu sndiri. Kalau tgk kan kita (org yg mmg dlhirkan islam) mmg xdenye nak msuk islam. Tgoklah berape rmai je kat dunia ni btol2 patuh perintah ALLAH dan mengamalkan sunnah nabi ? Perangai kite sndiri dah boleh wat org kafir tk nak msuk islam. sbb tu sye kata yg msuk islam tu mesti ats usaha dia sndiri. Rmai mualaf kt luar sana sndiri kata , org islam mcm xnak bantu dorg utk msuk islam. dorg yg kena usaha sndiri. Mana kita ??