Sunday, 23 December 2012

DAH LA PENIPU.... GUNA DUIT RAKYAT UNTUK MENIPU RAKYAT PULAK TU...!!!

FLYER-KRISIS-AIR-1

Baru-baru ini saya telah menerima kiriman emel dari pembaca mengenai pengedaran 500 ribu risalah "tukang bodek Khalid Ibrahim", Selangorku, yang memaparkan tentang isu air yang kini menghantui rakyat di negeri termaju itu.

Risalah tersebut bertajuk "Membongkar Rahsia Krisis Air Selangor", namun apabila diteliti, tiada satu pun rahsia yang didedahkan di dalamnya melainkan satu lagi siri pembohongan mutlak Menteri Besar Selangor itu kepada rakyat di sekitar Lembah Klang.

Di dalam risalah berkenaan, Abdul Khalid "Gagap" tanpa rasa malu menyatakan bahawa "Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi untuk kegunaan rakyat Selangor".


Kenyataan itu bermaksud bahawa Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor menjamin bahawa rakyat di negeri itu tidak akan mengalami sebarang masalah bekalan air bersih.

Persoalannya, apakah Khalid "Gagap" fikir rakyat Selangor itu semuanya boleh diperbodohkan seperti PAS yang bagaikan "lembu dicucuk hidung" dan menurut apa yang dia katakan?

Jaminan jenis apa yang Khalid maksudkan apabila rakyat di sekitar Subang Jaya mengamuk sakan bila kawasan kediaman mereka yang terletak di lokasi yang pesat membangun itu sering mengalami gangguan air.

Rakaman berita di youtube di bawah adalah bukti rakyat Selangor di kawasan SS12 sehingga SS19…


Bayangkan, walaupun tiap-tiap hari hujan, rakyat di sekitar Subang Jaya terpaksa menanggung sengsara akibat gangguan bekalan air bersih pada setiap hari! Anda semua boleh sabar dengan keadaan itu? Mau berak pun susah..!!!

Jadi, di mana perginya jaminan Khalid "Gagap" di dalam 500 ribu risalah yang dia edarkan? Atau risalah-risalah berkenaan tidak lebih dari pembohongan terbesar Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor?

Sudahlah Khalid menganiaya rakyat Selangor dengan gagal menyediakan bekalan air bersih, dia tipu pula rakyatnya dengan propaganda ratusan ribu risalah yang dipercayai dicetak dengan menggunakan wang rakyat Selangor sendiri!

Lebih berdosa lagi, Khalid turut cuba menipu rakyat dengan mengatakan bahawa "harga air akan naik 100% selepas Langat 2 siap kerana rakyat terpaksa bayar balik kos pembinaannya". Ini adalah satu lagi penipuan terbesar Khalid "Gagap"!

Siapa yang mengawal harga tarif air di Selangor? Tidak lain tidak bukan, yang mengawal harga air di negeri Selangor ialah Abdul Khalid "Gagap" dan konco-konconya di dalam Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor!

Menurut perjanjian konsesi air di Selangor, SYABAS layak untuk memohon kenaikan tarif air pada tahun 2009, namun permohonan syarikat konsesi itu dinafikan dan tidak diluluskan Abdul Khalid "Gagap".

Ini bermaksud, tarif air dikawal sepenuhnya oleh Khalid "Gagap" sendiri dan bukannya dikawal oleh Kerajaan Pusat mahupun syarikat-syarikat konsesi air di negeri Selangor! Maka terserlah sungguh pembohongan Khalid "Gagap" di dalam risalah tersebut, kan?

Seperkara lagi, projek Langat 2 dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Ini bermaksud, Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor tidak mengeluarkan belanja walau satu sen pun untuk membina loji Langat 2.

Jadi, apahal pula Khalid nak paksa rakyat Selangor bayar balik kos pembinaan loji itu? Atau Khalid sengaja tipu dan suruh rakyat bayar kos Langat 2 untuk memenuhkan poketnya sendiri? Nak "rompak" duit rakyat pulak ke?

Khalid nampaknya betul-betul seorang MB yang gagal. Bukan setakat gagal menjadi MB, Khalid gagal untuk menipu dengan baik. Lain kali kalau nak menipu, tolong belajar dari Anwar Ibrahim. Sampai sekarang Anwar tipu rakyat pasal jam tangan OMEGA dan "Chinadoll", kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments: