Cerita ini menunjukkan betapa manusia sekarang apabila melakukan sesuatu yang salah selalu melarikan diri dan tidak mengaku.
Seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun, Zhu Qian habis lewat pada hari kejadian kerana mempunyai kelas solekan di sekolah.
Seorang saksi, Mr. Li menyatakan gadis ini berjalan dengan elok di atas jalan pejalan kaki tetapi sebuah kereta Audi yang memandu terlampau laju tiba-tiba menuju ke arah dia. Kereta Audi tersebut dipandu oleh remaja yang baru berusia 18 tahun, Zhu X telah melanggar lampu isyarat merah dan kerana terlampau laju dia langsung tak terkawal keretanya.
Selepas melanggar budak tersebut, dia berhenti untuk dua saat sebelum terus beredar dari situ. Budak tersebut didapati terbuang sejauh 10 meter dan telah diheret sejauh 26.5 meter. Akhirnya Zhu X berjaya ditahan dengan keretanya kini dibawa untuk siasatan pada 10 malam hari kejadian di rumahnya.
Adakah ini kereta yang melanggar kanak-kanak tersebut?
Inikah pemandu kereta Audi berwarna hitam itu....???
SUMBER : penpatah
No comments:
Post a Comment