Thursday 29 November 2012

PEMBANGKANG PERALAT MUSA HASSAN....???

Post Pic

KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yakin orang ramai tidak terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang susulan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam.

"Ini bukanlah politik matang, tetapi politik kebencian, oleh itu sudah menjadi tugas semua pihak dalam perhimpunan untuk memberikan penerangan kepada ahli dan orang ramai agar tidak terus keliru dengan dakyah pembangkang.

"Apa yang lebih penting kita perlu bersiap sedia, terutama dalam menghadapi pilihan raya yang bakal tiba tidak lama lagi," katanya kepada media.

Semalam, bekas Musa menuduh Hishamuddin campur tangan dalam setiap urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika beliau menjawat jawatan tersebut.

Musa sebelum ini sendiri di tuduh oleh Bekas Pengarah Saisatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff sebagai menyeleweng kuasa dan menindas pegawai bawahannya.

Hishammuddin berkata, tuduhan Musa berkali-kali dibangkitkan oleh pembangkang, malah beliau juga telah menjawab perkara tersebut di Parlimen.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal menyifatkan bahawa ini adalah sebahagian daripada tindakan pembangkang yang menggunakan pelbagai cara untuk membuat tomahan dan serangan peribadi terhada pemimpin Umno.

"Tindakan pembangkang ini umpama manusia yang lemas, ia akan menggunakan apa sahaja untuk dijadikan tempat berpaut walaupun ia ranting.

"Musa seorang yang matang…. saya percaya ia tidak mudah untuk dipersendakan dan diperalatkan oleh pembangkang," katanya.

No comments: