Monday 5 November 2012

FILEM OSAMA LADEN ADA AGENDA POLITIK PEMBANGKANG...???

.

Sempena pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS), rancangan National Geographic mengumumkan mereka akan menayangkan tayangan perdana filem mengenai kejayaan tentera dalam serbuan yang membunuh Osama bin Laden.
Lantas tindakan itu mencetuskan kontroversi kerana ramai yang berfikir bahawa filem berjudul SEAL Team Six The Raid on Osama bin Laden itu ada agenda politik.

Bagaimanapun pada 15 minit pertama, di mana termasuk pertempuran sengit dan ganas, ia jelas menunjukkan bahawa filem itu untuk hiburan, bukan untuk tujuan agenda politik.

Obama semata-mata watak sampingan yang jelas perlu ada, manakala fokus sebenar adalah Tentera Laut SEAL dan pegawai-pegawai CIA yang merancang dan melaksanakan operasi.

Walaupun pelakon menggambarkan watak utama, filem itu dirakam dengan gaya dokumentari.

Bermula dengan soal siasat banduan di Teluk Guantanamo yang akhirnya membawa pegawai perisikan ke kawasan di Abbottabad, Pakistan di mana Osama bersembunyi.

Pada mesyuarat Keselamatan Negara pada 28 April 2011, Naib Presiden, Joe Biden dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates menasihatkan Obama berhubung serbuan itu.

Setiausaha Negara, Hillary Clinton dan Pengarah CIA, Leon Panetta memihak kepada tindakan itu.

Difahamkan filem tersebut mengandungi beberapa tokok tambah Hollywood bagi memastikan ia dibuat untuk hiburan.

Aspek seperti taktik ketenteraan dan prosedur latihan telah dikemukakan untuk kelulusan kepada pakar termasuk anggota SEAL yang telah pencen, seorang pegawai CIA dan pakar sejarah tentang Osama.

Setelah menggariskan proses yang cekap di mana CIA mengumpul bukti bahawa Osama bersembunyi di kawasan tersebut, dua pegawai membuat pengawasan menerusi rumah yang disewa berhampiran rumah yang diperhati.

Dalam pada itu, Kathleen Robertson memberi persembahan yang terbaik sebagai penyelidik CIA, Vivian Hollins, seorang yang berusaha mencari sempadan Osama pada keperluan fizikal.

Walaupun kerajaan dilihat sebagai wira, urutan di sebalik tabir merupakan bahagian yang paling menarik bagi SEAL Team Six.

Secara dasarnya, terdapat tiga pilihan iaitu merancang serangan bersama kerajaan Pakistan yang dipercayai sebenarnya telah bersubahat dengan Osama; meratakan kawasan di mana membawa risiko yang tidak pasti sama ada Osama berada di kawasan tersebut atau tidak; atau melaksanakan serangan menggunakan helikopter dengan hanya 40 hingga 60 peratus kepastian bahawa Osama berada di kawasan itu.

Tidak ada seorang pun pelakon dikreditkan sebagai Ketua Al-Qaeda. Sementara Wajah Osama itu tidak pula ditunjukkan sebaliknya hanya menggambarkan dia sebagai bayang.

- Dipetik dari TV Guide

No comments: