KITA MULAKAN DENGAN JALAN CERITA CLICHE DALAM DRAMA/FILEM MELAYU, CHINA, TAMIL/HINDI......
DRAMA/FILEM MELAYU :
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furniture.
Ada TV 29″, Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah.
(Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
(Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. “Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan”. “Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang”.
4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai
topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan ‘kepala’ Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan ‘kepala’ Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil,
selak-selak. Dialog wajib : “Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat “. (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr. ada medical terms dia).
selak-selak. Dialog wajib : “Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat “. (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr. ada medical terms dia).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
11. Adegan cinta biasanya dimulakan dengan 'terlanggar'..... terlanggar kereta, terlanggar bahu - fail yg dipegang abis jatuh berselerak.......
DRAMA/FILEM CINA :
1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.
2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.
3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.
4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.
5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.
6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem ‘A Better Tomorrow’. Tapi best ooo..
7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.
8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. (Tak seram pun).
9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.
DRAMA/FILEM TAMIL/HINDI :
1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah.
Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.
2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.
3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.
4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.
5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.
6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.
7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.
8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.
9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh
‘ I’m sorry. I didn’t know that na pere tomhecha….bla….bla….bla…’.
10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.
11. Kalau orang baik sengaja bunuh orang jahat kerana dendam yang silam kerana orang jahat tu terlepas dari ditangkap atau dihukum, polis benarkan dan terlepas hukuman. Maknanya, undang-undang di tangan sendiri dibenarkan !!!
Sumber asal artikel di atas, teman rembat di terbakor.... teman dah edit sikit. Yang di bawah ni pula, dicatatkan beberapa ADEGAN BODOH DALAM DRAMA/FILEM MELAYU YANG SELALU KITA TENGOK SAMA ADA KAT TV ATAU WAYANG. Yang ni teman rembat dari penpatah . Yang ni pun teman edit la jugak sikit-sikit......Terima kasih...semua.
ADEGAN BODOH DALAM DRAMA/FILEM MELAYU
1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.
2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.
3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.
4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.
5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....
6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).
8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.
9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.
10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem....
Yang ni teman tambah :
11. Seorang wanita balik rumah waktu malam...(pencuri dah ada dalam rumah), bila terdengar sesuatu bunyi, terus tanya, siapa tu? Bukan ke itu soalan bodoh.... takkan le pencuri tu nak mengaku (contohnya, aku si polan, nak mencuri). Pastu terhendap2 nak tengok apa dalam keadaan gelap. Memang bodoh tahap gaban.... dalam rumah sendiri, dok terhendap2 tu apa hal? On la semua lampu dalam rumah tu, kan leh nmpak semua.....
12. Orang tengah cakap 'tapi'... cepat-cepat dipotong.... tapi apa? Yang ni leh dikatakan setiap drama mesti ada!!! Secara logiknya, kalau teman ler, bila dipotong cakap macam tu teman akan kata, eh! leh tak bagi aku abiskan cakap dulu, hormat la org tgh cakap!!! hehe
13. Pelakon wanita selalu jatuh 'terpelecok' sikit aja.... meraung sakit macam kaki kena potong tanpa bius!!! Pastu dipapah laaa.....didukung laaaa! Adegan bodoh!!!
14. Di meja makan.... scene yang MESTI/WAJIB ada dalam setiap drama/filem Melayu.... menu punya la banyak, tapi makan sambil bercakap! Jika makan bersama keluarga, anak akan merajuk atau tinggalkan nasi dalam pinggan macam tu aja, jika tidak bersetuju dengan teguran dari ibubapa... Kenapa contoh tidak baik ini WAJIB ada dalam drama/filem melayu?
15. Adegan ni pun selalu sangat teman tengok.... nak muntah setiap kali tengok.... suami isteri dah bercerai ataupun kekasih yang dah berpisah, sebelah pihak beriya2 nak kembali, walaupun sebelah pihak dah berpatah arang, pastu tiap hari beli bunga, bagi hadiah dan macam2 laaaa, dah tau setiap pemberian itu akan dibakul sampahkan.. bagi jugak!!! BODOH!!!
16. Dalam setiap adegan tidak ditonjolkan pun hero/heroin tunaikan solat 5 waktu, membaca Al-Quran.... tapi tetiba bila ada masalah/sedih, baru nak solat, baru nak capai Al-Quran.... ini jalan cerita paling bangang dalam filem/drama melayu!
17. Setiap ketua penjahat, mesti berbaju hitam!!! bila berjalan diiringi dan diapit kiri kanan oleh 'anjing-anjing'nya yang menurut perintah!!! dan paling tidak ketinggalan MESTI di dampingi oleh beberapa betina yang berpakaian sangat seksi.... betina tu pulak muka sama macam 'singa', berlipstik hitam, bahagian mata atas bawah dimekap sehitam-hitamnya dan mekapnya pun tebal ngalahkan tembok!!! Ini ler adegan dari pengarah bangang dan dilakonkan oleh pelakon bodoh.... tau ler nama pun drama/filem, tapi biarlah yang tidak membodohkan penonton!!!
Hahaha.... jangan marah, jangan terasa ati.... kalau korang selalu tengok tv/wayang. korang tau ler..... Walaupun sebenarnya adegan dalam telenovela Indonesia lagi bodoh sebodoh-bodohnya, tapi korang tunggu juga sampai abis!!!!
Takat itu ajalah.... kalau korang ada adegan tambahan.... korang tuliskan kat komen tu ye.... nnti teman edit.... ehehehe.
Sebelum klik ke blog lain.... teman nak tanya sikit pasal gambar ni.....
Apa motifnya berpakaian seperti ini...?
Membazir kain je lah..... lain kali tak perlu pakai apa2.... straight to the point lagi bagus!!!
2 comments:
Bro, yg pakaian mcm tak cukup kain tu, sengaja tu bro. Nak tnjuk body kat penonton. drama tak laku tak apa yg penting body laku....
drama melayu memang macam sial bodoh bangang tahap nak mampus....lagi2 akasia, samarinda dan zehra pe kejadah tah yang sekawan dengannya. seolah-olah wanita kt malaysia nie tau 1-2 benda ja. 1. Nak kawin. 2. jadi mesin buat anak. Lepas tue kononya mission accomplished lepas tue. tu je yang drama melayu bleh bawak...dan lagi....berebut awek(dah semestinya)..dan seperti di atas....berebut harta pusaka....
Dah brapa kali pengarah pakai formula nie....rakrat malaysia anguk jer terima....Sorry to say pompuan kat malaysia nie di-downgrade oleh drama bodoh nie.
lagi satu tolongg laaa jangan sesekali selit lawak bodoh+bangang kalo tak lawak....serius bangang nak mampus
cakap malaysia dah maju...tapi masih tk mampu buat cerita yg kualiti....okay tk cukup bajet kan.....at least replace laaa camera yg dah berkurun lma tue....diorang bangang sgt ka sampai tak pkai filter...kasi gambar terang2 buat apa.....cuba banding ngan filem hindustan laaaa pling low....korang tgk hindustan pon kalo buat filem dia kasi kelabu ckit camera tue seolah-olah macam holywood.....nie low bajet gila
cuba bandingkan camera nie
http://2.bp.blogspot.com/-I69Qhhbq8ZU/TVOOpDyh1pI/AAAAAAAAEPA/r8u-qsSAP80/s1600/begitukah-cinta-akasia-tv3-1.png
dgn yg nie
http://theactionelite.com/site/wp-content/uploads/2012/08/john-patrick-mason.jpg
Post a Comment