Sunday, 28 October 2012

UPDATE : KISAH BENAR ~ PADERI YANG TERPAKSA MEMBUKA KEBENARAN ISLAM..!!!

Terlebih dahulu.... seeloknya, teman sarankan agar baca dulu rencana terdahulu, yang teman postkan di sini lebih kurang 6 bulan yang lalu....

Ringan-ringankan hujung jari anda..... KLIK DI SINI

Berikut dipaparkan pula, kesinambungan dari entry tersebut..... 























Saudara dan saudari sekalian!

Kami telah berikan anda apakah KUNCI-KUNCI SYURGA ITU 'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN'...
Rahsia yang diabadikan pada lencana Paus Vatikan dan dibawa ke mana-mana oleh beliau.
Inilah rahsia yang tersembunyi pada The Crossed Key.
Orang-orang yang sesat di kalangan Kristian langsung tidak tahu rahsia ini, kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan selepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut Hawariyyun dibakar atau ditanam.

DUA KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.

Miftahul Jannah... Inilah dia rahsia yang diucapkan oleh Jesus Christ kepada Peter The Fisherman pada hari yang bertuah itu. Dua baris ayat yang dipadam dengan penuh dengki dan khianat para Yahudi Mason dan Illuminist-Christian yang tidak dapat menerima kehadiran seorang Rasul penutup para Nabi dari kalangan orang-orang Arab.

PEGANG DUA KUNCI INI BAIK-BAIK. MEREKA MELETAKKAN LAMBANG KUNCI SYURGA PADA PAKAIAN PAUS TETAPI MEREKA TIDAK MEMPUNYAINYA.

KITA MENGETAHUI KUNCI SYURGA DAN MEMPUNYAINYA. JANGAN HILANGKAN IA SEMASA MENGADAP TUHAN DI AKHIRAT NANTI.

MARI KITA BERJANJI PADA TUHAN DAN DIRI SENDIRI...

Kita tidak akan hilangkan kunci...
kita tidak akan hilangkan kunci...

Sedikit rujukan 'Miftahul Jannah' dari sumber Islam

Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah 
(Riwayat Imam Ahmad)


Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan "La ilaaha illallah" maka ia dimasukkan kedalam surga"
(HR. Hakim)

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”

Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”

'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya.

Dari Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Zikir yang paling mulia ialah La Ilaha Illallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. 
(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu, ia berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah dengan hati yang ikhlas”. 
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Dari Umar Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya neraka jahanam. Kalimah itu ialah “La Ilaha Illallah”. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

*Juga diingatkan ketika Nabi Isa a.s berkata kepada Peter, tidaklah baginda bertutur dalam bahasa Arab atau dalam bentuk 100% kalimah syahadah dalam bahasa Arab, tetapi di dalam bahasa Aramaik Kuno yang konsepnya tetap satu iaitu Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Dan Nabi Isa sudah tentu maklum tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sesudahnya,
Dan (ingatlah) ketika Isa Putera Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata". 
(Al-Saff 61:6)

Sabda Rasullah s.a.w: Ertinya: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. (Riwayat Bukhari)

Firman Allah: Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya. 
(Ali Imran ayat 19)

Anda jangan keliru... ini bukan kunci syurga..... sekadar gambar hiasan...

BERIKUT PULA .... CROSSED KEY - LAMBANG KEBESARAN PAUS VERTICAN


Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang; satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.

Bagi penganut Kristian yang kurang peka tidak mahu mengkaji, tiada apa-apa yang istimewa dari lencana Paus ini. Tetapi bagi para pengikut Illumination peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-ukiran; mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Apakah rahsia yang amat berbahaya,yang terkandung di dalam lambang Paus ini??

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang

“Every great truth begins as a blasphemy.” - Bernard Shaw

Rahsia ini sememangnya tidak diketahui oleh penganut Kristian khususnya aliran Katolik yang menjadi mangsa 'pendoktrinan palsu' oleh para Elit dalam 'secret societies' yang mengawal dunia Kristian seluruhnya. Mereka sebenarnya hanya mengikut sahaja apa jua telunjuk kelompok rahsia ini dalam menentukan imej yang bagaimana harus dihiaskan kepada Kristian. Sehingga para Paus sendiri tidak terlepas dari kawalan kelompok rahsia ini. Sebab itu ada yang mati diracun atau digulingkan dari takhta Paus kerana berdegil tidak mematuhi perintah para Mason peringkat Cahaya Iblis Terutama. Para Biskup dan Kardinal yang menjadi pemakan rasuah atau diugut adalah perkara biasa dalam politik Vatikan. APA YANG ANDA INGIN BUAT JIKA ANDA DAPAT MENGAWAL SATU INSTITUSI YANG MEMPUNYAI PENGIKUT BERBILION MANUSIA? Ini adalah kuasa yang amat hebat, dan inilah yang terjadi kepada dunia Kristian hari ini. Amat bodohlah The AntiChrist jika mengabaikan institusi Katolik dalam merangka pelbagai pelan untuk menakluk dunia. KRISTIAN ADALAH MANGSANYA YANG UTAMA UNTUK MENGHADAPI PARA PENGIKUT MUHAMMAD YANG DIGERUNINYA.

Dunia Kristian harus dikawal sebaiknya. Jika tidak, dikhuatiri mereka akan terbaca ajaran-ajaran suci yang sebenar dari Jesus (Isa a.s) dan beramai-ramai mencari agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. Sebab itu siapa yang menjadi Kardinal dan Paus adalah penting bagi The AntiChrist .Amat penting. Sepenting mencari siapakah Imam Mahadi. Ini adalah lanjutan dari Dua Rahsia Sulit Terbesar. Rahsia sulit yang hanya diketahui oleh Paus dan paderi-paderi yang terpilih atau rahib-rahib Katolik yang menjadi hamba peringkat tinggi Illumination of AntiChrist & Azazel.

Ini adalah dua kunci rahsia yang memimpin anda kepada Dua Rahsia Sulit Terbesar. Dua kunci ini adalah kunci-kunci yang dipegang erat oleh Paus atas arahan Church of Lucifer supaya jangan diketahui oleh para pengikut Kristian yang kurang peka. Sudah tentu anda ingin tahu dan ingin melihat kunci-kunci rahsia ini. Sudah tentu anda ingin tahu apakah petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang; The Papal Crossed Key yang penuh rahsia itu.

Kami akan memberikan kepada anda. Jika anda dapat memegang kunci-kunci bersilang ini, kami akan membawakan anda ke Pintu Sebelah Timur Sistine Chapel of Blessed Azazel, untuk membuka ruang khalwat Iblis Laknatullah The Watcher Lucifer. Pada ketika-ketika tertentu Sang Iblis pasti mengalirkan airmatanya mengenangkan masa-masa dia terbang bebas di dalam kerajaan Tuhan, KINGDOM OF HEAVEN dan bergurau senda dengan para Malaikat 'Angels' yang amat cantik diperbuat dari cahaya yang indah.

Ini adalah satu petunjuk. Ini adalah jigsaw puzzle Ini adalah MistisFiles.

Untuk menjejak rahsia The Crossed Key, mari kita telusuri apakah maksud di sebalik Dua Kunci Bersilang ini.

The Secret Beyond The Crossed Key

Lambang ini berasal dari kata-kata yang diucapkan oleh Jesus (Isa a.s) kepada Saint Peter atau Peter of Fisherman atau nama asalnya Simon Bar Jonadah (Petros dalam bahasa Greek,Cephas dalam bahasa Aramaik Kuno,Bithrus dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai Ben Yonah,Simon Peter,Simon atau Simeon atau dalam sebutan Arab Syam'un) seorang Yahudi Galilee (arab:al-Jaleel) yang berasal dari Bet'shayid (Bethsaida) sebuah kota di timur sungai Jordan.Beliau bertutur dalam bahasa Aramaik Kuno (satu rumpun dengan bahasa Semitik seperti Arab dan Ibrani) bahasa yang sama digunakan oleh Isa a.s dan kitab Injil yang asli.Saint Peter (atau Petrus) inilah yang dinisbatkan namanya pada ibupejabat Paus Vatikan; St. Peter Basilica yang terkenal itu. Beliau adalah termasuk di dalam daftar duabelas sahabat Nabi Isa a.s (Twelve Apostles of Jesus) atau lebih dikenali sebagai Hawariyyun di dalam AlQuran.

"Maka tatkala ‘Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia,’Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? Al Hawariyyun menjawab,’Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah ; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri" -Surah Ali Imran 3:52

"Dan (ingatlah) ketika awhaiytu (Aku wahyukan/ilhamkan) kepada Al Hawariyyin, 'Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku'. Mereka menjawab, 'Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahwa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu)" - Surah Al-Maidah 5:111

Sudah pasti St. Peter (St.adalah kependekan dari kata Saint yang berasal dari kata Santos iaitu orang suci dalam bahasa Latin) berada bersama-sama para sahabat Nabi Isa a.s yang lain di dalam situasi yang disebutkan dalam AlQuran itu. Selain Peter,terdapat 11 lagi sahabat Nabi Isa a.s:

The Twelve Apostles

Peter
Andrew
James
John
Philip
Bartholomew
Matthew
Thomas
James
Thaddeus
Simon the Zealot
Judas Iscariot

St. Peter juga dianggap oleh orang Kristian sebagai ketua Biskup pertama. Beliau dikatakan telah datang ke Rom untuk menyebarkan ajaran-ajaran Nasrani dan ini menimbulkan situasi tegang di antara para pemerintah Rom yang beragama pagan ketika itu. Ketika era pemburuan ke atas golongan Nasrani, St. Peter telah ditangkap oleh Nero, Kaisar Rom ketika itu dan menyalibnya secara songsang atas permintaan Peter sendiri yang merasa tidak layak disalib pada pada posisi yang sama dengan Nabi Isa a.s (Nabi Isa tidak disalib mengikut kepercayaan umum dalam Islam) di lapangan Nero (Nero's Circus) berdekatan Obelisk Vaticano yang kemudiannya diletakkan di hadapan St. Peter Basilica pada hari ini.

Crossed Key di dalam lencana Paus adalah perlambangan kepada KUNCI-KUNCI KERAJAAN TUHAN 'KINGDOM OF HEAVEN' yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada sahabatnya itu (Peter).

"And I will give unto thee the keys of the Kingdom of Heaven. And whatsoever thou shalt bind on earth shall be bound in Heaven, and whatsoever thou shalt loose on earth shall be loosed in Heaven." - Matthew 16:18-19 (21st Century King James Version)

maksud dalam Bahasa Melayu,

"Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Syurga. Apa yang kau ikat di dunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga."

Katakunci di sini adalah KINGDOM OF HEAVEN. Ini adalah kod rahsia yang disembunyikan di dalam The Crossed Key.

Apakah dia kunci untuk membuka Kingdom of Heaven itu?Adakah Jesus (Isa a.s) telah membukakan rahsianya kepada Peter? Apakah kunci Syurga itu?

Ini adalah persoalan paling penting dan mencapai tahap kritikal sehingga ia dijadikan lambang dalam lencana kebesaran Paus. Amat penting sehingga ramai paderi diracun dan para Biskup dan Kardinal diugut. Rahsia yang amat penting sehingga beribu-ribu orang mati dan cedera dan banyak peperangan yang sia-sia dilancarkan kerana DUA KUNCI RAHSIA BERSILANG INI.

Apakah rahsia yang disebut oleh Nabi Isa a.s kepada Peter?

Mengapa kunci-kunci syurga tidak tertulis di dalam Bible?

Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip asli yang dibakar setelah Persidangan Nicea?

dan lagi sekali.. APAKAH DIA KUNCI-KUNCI SYURGA ITU?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik. Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Dan apakah fungsi AlQuran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan. 

ULANG BACA .. BERMULA DI SINI

rRUJUKAN :  BB.... tq.

No comments: