Bekas penyokong setia DAP menunjukkan tanda sokongan kepada BN selepas mendakwa mereka tidak dilayan parti pembangkang tersebut di Wisma Gerakan, Persiaran Greentown, Ipoh, semalam. Majlis itu turut dihadiri Chan Kong Youn (tiga dari kanan) dan Tan Lian Hoe (dua dari kanan).
IPOH 21 Okt. - Kecewa dengan sikap angkuh serta pembohongan yang sering dilakukan pemimpin DAP, sebanyak 30 penyokong parti itu hari ini mengisytiharkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).
Selain membidas sikap pemimpin DAP yang hanya pandai memberi pelbagai alasan ekoran kegagalan menunaikan janji-janji pilihan raya, kumpulan itu juga bertekad mencari sebanyak mungkin sokongan pengundi kepada BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Wakil kumpulan itu, R. Ravindran, 46, berkata, mereka mengambil tindakan tersebut kerana tidak sanggup lagi ditipu dan terus diperalatkan pemimpin pembangkang terutama DAP yang didakwa bersikap angkuh dan pandai berpura-pura.
UtusanMalaysia
No comments:
Post a Comment