Thursday 27 September 2012

DEWAN RAKYAT TOLAK SOALAN LISAN TONY PUA


KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat menolak soalan lisan yang dikemukakan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung dakwaan hutang korporat syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Pua ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).
Peraturan Mesyuarat tersebut menyatakan sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.
Menerusi soalan yang dikemukakan untuk dimuatkan pada aturan soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah ancaman kepada sistem kewangan dan perbankan Malaysia apabila syarikat-syarikat milik Syed Mokhtar mempunyai hutang sebanyak RM34.3 bilion.
Menurut Pua, jumlah hutang berkenaan melebihi sepuluh peratus kesemua hutang korporat di Malaysia.
mStar - 27/9/12

No comments: