Saturday, 25 August 2012

ANAK DERHAKA BAKAL PENGHUNI NERAKA : IBU MALANG, DIBOGELKAN ANAK DI KHALAYAK RAMAI KERANA HARTA..!!!



Ibu Malang, Dibogelkan Di Khalayak Ramai
India – Anak derhaka. Itu gelaran paling sesuai untuk tiga adik beradik yang sanggup memukul serta membogelkan ibu mereka sendiri sebelum wanita itu diarak ke seluruh kampung, hanya semata-mata kerana ingin merebut hartanya.
Kejadian menyedihkan itu berlaku di perkampungan Gaya yang terletak di wilayah Bihar, Rabu lalu.
Tiga anak lelakinya, Dilip Paswan, Chhotu Paswan dan Sandeep Paswan bersama enam lagi saudara mara mereka bertindak kejam tanpa ihsan terhadap wanita tua itu.
Menurut mangsa, dia turut dipukul dengan kayu oleh penjenayah berkenaan selain rambutnya dipotong.
Dia kini dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan di seluruh badan.
Pihak polis telah mengarahkan siasatan terperinci selepas aktivis wanita yang menerima aduan daripada wanita berkenaan, telah membuat laporan polis.
Tindakan tegas bakal diambil terhadap semua suspek termasuk anak wanita berkenaan dia atas perbuatan tidak bertamadun yang dilakukan ke atas ibu mereka sendiri.
Dalam pada itu, penduduk kampung memberitahu, wanita tersebut menyara kehidupannya dengan menyediakan makanan kepada pelajar sekolah di bawah projek makanan oleh kerajaan.
Namun anaknya yang ingin merampas harta wanita itu, telah menabur pelbagai fitnah terhadap ibu mereka dan telah menghalau dia keluar dari rumah tersebut.
Sebelum kejadian itu, salah seorang daripada anak lelakinya yang menetap di Gujarat telah datang ke kampung berkenaan dan selepas ditegur oleh penduduk kampung mengenai sikap kurang ajar mereka, dia menjadi marah.
Anaknya itu kemudiannya telah menghubungi abang-abangnya serta saudara mara yang lain, dan mereka memutuskan untuk mengajar wanita tersebut.

No comments: