Sunday 1 July 2012

DIPENGGAL KEPALA KERANA AKSI 'DRIFT'..!!!


MAHKAMAH Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati dengan cara memenggal kepala seorang pelagak ngeri yang telah mengakibatkan kematian dua orang ketika melakukan aksi "drift".

Akhbar tempatan, Al Watan melaporkan, mahkamah Onaiza di wilayah tengah utara Riyadh menjatuhkan hukuman mati ke atas "Mutannish" akibat perbuatan terkutuknya di samping memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak mengulangi perkara seperti itu.



Lelaki yang tidak dinamakan itu dirujuk sebagai "Mutannish" yang bermaksud "Lelaki yang mengabaikan" di dalam bahasa Arab. Dia dilaporkan ditangkap kerana menyebabkan kematian dua orang ketika melakukan aksi "drift".

Tindakan itu dianggap oleh mahkamah sebagai sama seperti kes pembunuhan.

Sumber: presstv.ir

No comments: