Saturday 21 July 2012

BATMAN : THE DARK KNIGHT RISES - KORBANKAN 12 ORANG



DENVER  - Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban manakala 40 lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang di sini semalam.

Ketika kejadian, orang ramai sedang menyaksikan tayangan larut malam filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises di panggung wayang Century 16.

Seorang saksi berkata, suspek telah melemparkan beberapa jenis bahan letupan secara rawak terhadap penonton menyebabkan beberapa pengunjung cedera.

Rangkaian televisyen Amerika Syarikat mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai James Holmes yang merupakan seorang penduduk tempatan dan memetik FBI sebagai berkata, beliau tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. - AFP

No comments: