Sunday 13 May 2012

MAJLIS PEGUAM DISAMAN..!!!


Seorang ahli Majlis Peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz akan memfailkan saman terhadap Majlis Peguam bagi memohon deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Luar Biasa pertubuhan yang diadakan semalam sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau yang turut hadir pada mesyuarat berkenaan berkata, sekiranya tindakan undang-undang diambil, maka kelulusan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis terhadap peserta perhimpunan haram, Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara pada 28 April lalu juga akan terbatal.

''Saya melakukan ini kerana mendapati Majlis Peguam gagal sama sekali bertindak sebagai badan yang profesional apabila semalam dalam tempoh kurang lima jam dengan jelas telah memaparkan terlibat dalam ciri-ciri skandal pembohongan, bias, berada dalam kedudukan yang diragui dan banyak lagi....

-Utusan.

No comments: