Agensi berita IRNA melaporkan, Kementerian Luar Iran dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengutuk perbuatan biadab dan menghina oleh paderi, Terry Jones.
Jones dalam satu majlis di Florida kelmarin membakar al-Quran dan lukisan menggambarkan Nabi Muhammad bagi membantah tindakan Iran memenjarakan paderi Kristian negara ini, Yousef Nadarkhani.
Perbuatan biadab itu disiarkan melalui laman web YouTube.
Jones yang menolak permintaan Jabatan Pertahanan AS untuk berhenti melakukan perbuatan tersebut ekoran kebimbangan keselamatan tentera negara itu di luar negara, mendalangi perbuatan sama pada Mac 2011 yang mencetus keganasan di Afghanistan dan mengakibatkan 12 orang maut.
Kementerian Luar Iran berkata, perbuatan terbaru itu adalah kerana wujudnya perasaan fobia terhadap Islam di Barat.
"Dunia kini menanti tindakan pantas, serius dan jujur daripada kerajaan AS untuk mengelak kejadian ini tidak berulang,' kata kementerian itu.
Ia berkata, perbuatan tersebut akan menimbulkan kemarahan dan kebencian penganut Islam di seluruh dunia. - AFP
No comments:
Post a Comment