Sunday, 6 May 2012

AZMIN SI TANGGANG MODEN - AZWAN KEMBALI MEROYAN DI TWITTER.....

Kekecewaan Che Tom - Azwan Ali Kembali Meroyan di Twitter

Pada 18 Januari lalu, pengacara televisyen Azwan Ali pernah berjanji secara terbuka tidak akan mencampuri urusan adiknya, Ummi Hafilda selepas dia mengeluarkan Tweet mengancam untuk membunuh Ummi.
Selepas dikecam dan laporan polis yang dibuat, Azwan sambil menangis tereask-esak dan memegang kertas memohon maaf secara terbuka di hadapan Ummi dan media terhadap sikapnya.
Azwan ketika itu membuat dua akuan bersumpah, pertama memohon maaf kepada adiknya itu dan memohon maaf kepada semua pihak atas kenyataannya di laman Twitter.
“Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,” katanya ketika itu.
Berikutan melihat Azwan mengalirkan air mata jantan memohon maaf, Ummi bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap Azwan.
Azwan yang ketika itu mendakwa menjadi mangsa hasutan pihak lain, juga berjanji akan memperbaiki hubungan dengan Ummi.
Dia juga berjanji tidak akan mencampuri urusan politik atau menghina sesiapa lagi.
Azwan juga ketika itu memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya kerana bahasa kasar dalam akaun Twitter miliknya.
Namun, janji itu hanya tinggal janji apabila Azwan Ali sekali lagi mula menyerang banyak pihak dengan bahsa yang kasar.

Kekecewaan Che Tom - Azwan Ali Kembali Meroyan di Twitter

Kali ini berkisar dengan luahan kekecewaan ibu mereka, Che Tom terhadap sikap abang mereka, Azmin Ali yang dikatakan tidak menghiraukan ibunya sendirinya.
Seperti dahulu, luahan marah dibuat melalui akaun Twitter miliknya.
Kali ini Azwan menggunakan gelaran bangkai pula ke atas pengguna akaun Twitte lain.
Berikutan kenyataan Azwan itu, dia juga diserang kembali pihak yang kurang senang dengan sikapnya yang kerap menggunakan bahasa yang kasar dalam akaun Twitter miliknya.
Azwan juga dilihat enggan mengalah dan berusaha menjawab balik semua twitter yang kurang bersetuju dengan sikapnya.

1 comment:

Anonymous said...

azwan dah jadi bapok tua.. baik insaf sepenuh nya.. dulu lelaki sejati.. tapi sekarang mcm nyah tua saja