Tuesday 24 April 2012

TERKINI : MEMO PALSU PUAK PR FITNAH TUN M UNTUK CUCI DOSA ANWAR.... fuhh!!!


1. Maklumat yang kami dapat, pembangkang cuba menyebarkan memo palsu ini kepada pengikut mereka dan penyokong atas pagar melalui facebook untukmembersihkan DOSA Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan.

2. Straight to the point, ini adalah memo palsu tersebut.


3. Kesalahan utama dalam memo tersebut adalah alamat Pejabat Perdana Menteri. Untuk makluman, pejabat YAB PM tidak berada di blok barat sebagaimana dalam memo tersebut.

Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
MALAYSIA

4. Berikut adalah maklumat mengenai bangunan pejabat YAB PM dari laman web rasmi Pejabat Perdana Menteri (http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1656). Sejak berpindah ke Putrajaya iaitu dari Tun Mahathir sehingga Dato’ Sri Najib, pejabat YAB tidak pernah berubah dari blok utama dan daripada tingkat 5 (bukan tingkat 3 seperti dalam memo palsu di atas).

Perdana Putra adalah Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Ia berkedudukan dalam Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru, Putrajaya berada dalam linkungan Multimedia Super Corridor (MSC) dan lebih kurang 40km daripada Pusat Bandar, Kuala Lumpur.

Perdana Putra mempunyai 6 blok bangunan yang terdiri daripada Blok Utama dan diapit oleh East Wing dan West Wing.

Pejabat Perdana Menteri berada di Blok Utama dan mempunyai keunikan tersendiri dengan adanya rekabentuk kubah diatas yang mengambarkan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

West Wing mengandungi pejabat-pejabat Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dan juga Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri. Disamping itu juga ia terdiri daripada Pejabat Lembaga Penasihat dan MIGHT.

East Wing diduduki oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara, Bahagian Kabinet dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan.

Kedudukan tempat
Aras 1 - Pentadbiran Am dan Kewangan
Aras 2 - Bahagian Teknologi Maklumat
Aras 3 - Bilik-bilik Mesyuarat
Aras 4 - Bahagian Tugas Khas dan Bahagian Akhbar
Aras 5 - Pejabat Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Sulit.

5. Dari pemerhatian kami, penggunaan BLOK BARAT bagi merujuk kepada Pejabat Perdana Menteri adalahkhalayan pencipta kerana terlalu banyak menonton drama Hollywood “THE WEST WING”. Jika di Amerika Syarikat, memang benar Pejabat Presiden Amerika di WEST WING (Blok Barat) tetapi bagi di Malaysia, Blok Barat hanyalah Pejabat Timbalan Perdana Menteri.


6. Semoga informasi ini dapat menjernihkan satu lagi FITNAH terbaru pembangkang kepada Tun Mahathir. Peliknya bagi penyokong pembangkang, mereka mempercayai sesuatu yang dusta seperti memo di atas, tetapi menolak bulat-bulat bukti berbentuk video yang sememangnya mustahil untuk dipalsukan.

2 comments:

Anonymous said...

Harus diingat, dalam Ugama PAS, fitnah yg besar dibolehkan asalkan PAS dapat Putrajaya. so apa nak heran dengan surat2 fitnah menjelang PRU mcm ni?

Anonymous said...

...masa tu Daim dah dapat Tun ke?...

UB46