Anuar yang juga bekas Setiausaha Sulit Anwar berkata jika pilihanraya Malaysia tidak telus mana mungkin pembangkang mendapat jumlah kerusi yang banyak di parlimen dan menguasai beberapa negeri tertentu di negara ini.
“Ini satu fitnah untuk memburuk-buruk pemimpin dan negara di kaca mata dunia. Dia menuduh Malaysia mengamalkan pemerintah ‘autoritarian’, padahal dia bebas berceramah dan keluar negara memburuk-buruk negara.
“Dalam negara, dalam partinya, apakah dia pengamal demokrasi tulin, sedangkan ahli yang tidak setuju dengan polisinya akan dipecat”, katanya.
Lobi-lobi Anwar
Anuar ketika dihubungi berkata lobi-lobi Anwar kepada pihak luar sudah bermula sejak beliau dipecat dari UMNO pada tahun 1998.
“Itu stail dia. Sebelum ini sudah ada surat menyurat dihantar kepada kenalannya di luar negara selepas dipecat dari UMNO pada tahun 1998.
“Dia tulis secara prejudis, menceritakan pemecatannya kerana faktor politik, tetapi tidak menceritakan kes moral yang sedang dihadapinya
“Dia beri gambaran negatif supaya pihak asing akan bersangka buruk kepada Malaysia”, katanya.
Ketika ditanya, kenapakah perlu Ketua Umum PKR menghantar surat-surat ke luar negara, Anuar berkata, “untuk menagih simpati pihak asing, membantunya di Malaysia..mungkin bantuan kepakaran atau dana”.
Kenal Pasti Individu
Menurutnya lagi, Anwar telah mengenalpasti individu-individu tertentu untuk dihantar surat dan bermungkinan individu itu dikenali melalui rangkaian Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS dan Carl Gershaman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) sudah lama dikenali.
“Dia telah kenal pasti kepada siapa surat itu perlu dihantar. Mungkin individu-individu itu sudah mempunyai rekod tidak senang dengan Malaysia, jadi dia berpenanan menambahkan ‘minyak dalam api’.
“Mungkin, Paul Wolfowitz dan Carl Gershman buka jalan untuk Anwar mengenali individu-individu tertentu kerana hubungan Anwar dengan dua tokoh Yahudi itu sudah lama terjalin”, katanya.
Anuar diminta mengulas pendedahan laman ini yang membongkar 18 pucuk surat-surat ditandatangani oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat dihantar pada 7 Mei 2007, 31 Mei 2007 dan 25 Julai 2007.
Surat bertarikh 7 Mei 2007 dihantar kepada dua Senator, iaitu Senator Thomas Craig dan Senator Susan Collins serta dua ketua yayasan iaitu Mr. Vidar Helgesen, Setiausaha Umum International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International IDEA) dan Richard W. Soudrìette, Presiden dan Pengarah Urusan International Foundation for Electoral Systems (IFES).
Menurut laman palgrave-journals.com, IDEA, IFES adalah badan-badan yang diistilahkan ‘key democracy‘ sebaris dengan National Endowment for Democracy (NED), Freedom House (FH), United States Agency for International Development (USAID), Transparency International (TI) dan United Nations Development Program (UNDP).
Laman rightweb menyebut IFES menerima dana daripada NED untuk melaksanakan operasinya.
Rangkaian Demokrasi Dunia
Malah laman pinkindustry.wordpress.com menyediakan carta yang menunjukkan peranan dan rangkaian NED yang berhubung kait dengan George Soros dan rangkaian-rangkaian lain.
Surat Anwar bertarikh 31 Mei 2007 dihantar kepada seorang speaker, 5 orang senator dan 7 orang ahli kongres A. Mereka adalah; Speaker Nancy Pelosi, Senator Joe Biden, Senator Barbara Boxer, Senator Bill Nelson, Senator Richard Lugar, Senator Lisa Murkowski, David Drier, Dana Rohrabacher, Donald A Manzullo, Gregory Meeks, Eni Fa’aua’a Hunkin Faieomavaega Jr, Tom Lantos dan Ileana Ros-Lehtine.
Manakala, surat bertarikh 25 Julai 2007 pula dihantar kepada seorang individu iaitu bekas Presiden AS, Jimmy Carter (One Copenhìll).
Surat kepada Jimmy Carter itu turut dibuat salinan kepada Al Gore, bekas Naib Presiden AS.
Dalam surat Anwar kepada Richard W. Soudrìette Presiden dan Pengarah Urusan IFES, Ketua Umum PKR itu melaporkan perkembangan politik di Malaysia yang didakwanya ‘kekurangan demokrasi’ yang diistilahkan sebagai diperintah oleh parti pemerintah ‘autoritarian’ yang telah berkuasa selama setengah abad.
Anwar memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh pertumbuhan ekonomi negara ini semakin merosot sejak tahun-tahun kebelakangan ini, yang didakwanya berpunca dari penipuan, salah laku dan rasuah.
Di samping itu, beliau turut menuduh ketidakbebasan sistem media dan kehakiman Malaysia yang disifatkan sebagai sistem yang tunduk kepada hawa nafsu Perdana Menteri.
Lapornya lagi, masyarakat sivil juga tidak bebas, dakwanya disekat oleh undang-undang yang ketat.
“Saya sedar tentang gerak kerja IFES di seluruh dunia dalam membantu pembangunan masyarakat sivil dan bantuan pilihanraya. Saya kagum dengan gerak kerja yang anda telah berjaya lakukan dan saya mempelawa anda untuk memulakan perbincangan bagaimana membawa pengalaman luas IFES ke Malaysia” kata Anwar.
Manakala dalam surat Anwar kepada Senator Susan Collins, Ketua Umum PKR itu membuat dakwaan-dakwaan yang sangat negatif terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia sepertimana yang ditulis kepada Richard W. Soudrìette di atas.
“Saya menulis surat kepada anda mewakili aspirasi parti politik dan NGO yang beroperasi di Malaysia. Kami telah lama mengharapkan satu perubahan dan kami merasakan inilah masanya untuk membawa semua usaha kami satu hasil untuk memberi kepada rakyat Malaysia apa yang mereka sepatutnya layak dapat – sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada mereka.
“Ketika saya tinggal di Washington DC saya telah berpeluang bertemu dengan beberapa orang penggubal undang-undang dan NGO-NGO yang komited untuk menyokong masyarakat sivil, menggalakkan ketelusan dalam proses pilihan raya, dan menyokong pembangunan institusi demokratik di seluruh dunia.
“Saya percaya perkara ini boleh dilakukan dengan agak berkesan melalui sokongan institusi dan penglibatan politik. Oleh itu, saya meminta pertimbangan anda untuk membangkitkan isu ini di kalangan rakan-rakan anda dan untuk menerangkan kepada mereka tentang peranan yang boleh dimainkan Malaysia di rantau ini serta di seluruh dunia sebagai sebuah negara etnik, makmur, stabil dan demokratik”, kata Anwar.
Bacaan lengkap surat Anwar itu, sila lihat lampiran di bawah.
............IKUTI EDISI II
No comments:
Post a Comment