Tuesday, 21 February 2012

JAWAPAN YG MENUNJUKKAN.... MEMANG SOKONG ISRAEL..!!!

Anwar Jawab Isu Israel-Palestin Di FCCT, Thailand

AIDCNews – 20/02/12 – Sambil menundukkan dan menggeleng-gelengkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku kenyataannya di Wall Street Journal telah mengundang polemik besar di Malaysia.
Ketika ditanya soalan tersebut oleh salah seorang di program Foreign Correspondent Club Thailand (FCCT), Anwar menghuraikan dan memberi justifikasi kenapakah pengikirafan aspirasi perlu dihormati.
Katanya, selagi Amerika Syarikat (AS) dan Israel tidak mengiktiraf Hamas, maka agenda perdamaian (two state solution) akan gagal.
Menurutnya, apabila Hamas dan Fatah berdamai, maka akan memudahkan rundingan damai dengan Israel.
“Jika Fatah dan Hamas mengambil satu keputusan berunding dengan Israel, juga turut terlibat badan antarabangsa..itu adalah resolusi terbaik..”, katanya.
Anwar seperti dilaporkan Wall Street Journal, 26 Jan telah berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Kemudian, Anwar menjelaskan lagi maksud wawancaranya dengan WSJ dengan satu lagi kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, iaitu beliau bersetuju dengan cadangan ‘two state solution’.
Idea ‘Two state solution’ merupakan gagasan yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaituInternational Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.
Namun begitu, cadangan ‘two state solution‘ yang dicadangkan Anwar itu ditolak oleh ramai pihak termasuk, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, wakil pimpinan Ikhwan Muslimin, Dr. Azzam Tamimi dan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Malah, Majlis Syura Ulama PAS mengesa Anwar sama ada menarik balik atau menyaman WSJ berhubung dengan isu tersebut.
Pada tahun 2006, ketika Anwar menetap di Amerika Syarikat (AS) beliau mengaku usaha mendekati Hamas adalah satu strategi untuk memujuk dan memastikan Hamas bersetuju dengan agenda AS.
“Perdana Menteri Erdogan telah memberikan penerangan ringkas kepada saya tentang apa yang berlaku, dan pada fikiran saya beliau seorang yang berani dan bijak untuk mengambil peluang untuk menunjukkan kepada Hamas bahawa beliau menghormati keputusan rakyat Palestin, dan bahawa beliau bersedia untuk bekerja dengan mereka.
“Tetapi ianya juga penting untuk meyakinkan Hamas, “Kami mahu anda menjadi peneraju dalam masyarakat antarabangsa, yang bermaksud bahawa terdapat sesetengah perkara dalam dasar berpunca dari masa kemarahan, yang mesti dirasionalkan.”
“Penglibatan bersama Turki memberikan satu peluang untuk menyampaikan kepada Hamas keperluan untuk bersederhana dalam kedudukan mereka, dan sebagai sekutu kepada AS, Turki secara sah boleh memaklumkan kepada Hamas bahawa, “Ya, kami akan mampu untuk bekerja bersama Amerika Syarikat untuk mencari persefahaman”, kata Anwar seperti dilaporkan Julia Kirby dari Pew Forum on Religion & Public Life, AS.

No comments: