Sunday, 29 January 2012

KEHADIRAN TETAMU KUNJUNGI RUMAH TERBUKA MALAYSIA CHINESE NEW YEAR 2012 DI SITIAWAN.... PECAH REKOD!!!!!!

Penduduk Sitiawan benar-benar teruja dengan kehadiran puluhan ribu orang dari pelbagai pelusuk menghadiri Perayaan rumah terbuka Malaysia Tahun Baru Cina (CNY) malam tadi (Sabtu) yang turut dimeriahkan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.
Sejak petang kelihatan beratus-ratus buah bas serta ribuan kenderaan berasak untuk menuju ke Padang Lapangan Terbang Sitiawan bagi memeriahkan majlis tersebut.
Najib, Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir dan kenamaan VIP lain hanya muncul pada sebelah malam tetapi majlis yang dimulakan sejak 5.00 petang dipenuhi dengan pertunjukan kebudayaan termasuklah tarian naga yang menjadi ikon kepada pertunjukan dan perayaan CNY peringkat kebangsaan itu.
Menteri Penerangan dan Komunikasi Dato’ Seri Rais Yatim sebelum ini menjangkakan kehadiran 40 ribu orang. Paling ramai katanya mungkin 50,000.
Tetapi Dr.Zambry dalam twitternya lewat malam mengesahkan 60,000 orang hadir di perkarangan padang lapangan terbang.
cnyxx
Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3
Ramai dikesan keciwa kerana pulang kelaparan setelah makanan awal-awal lagi sudah habis.
Rasa keciwa mereka diluahkan melalui Facebook (FB) masing-masing.
Dengan demikian CNY peringkat kebangsaan di Perak khusus di Sitiawan bagi tahun 2012 dijangka masuk dalam buku rekod Malaysia sebagai acara “open house” terbesar setakat ini.
Najib sewaktu berucap tidak dapat menahan keterujaan melihat “crowd” yang begitu besar dan menganggap majlis malam itu amat berjaya.
Bagi  penduduk Sitiawan himpunan yang sebesar ini adalah permulaan kepada peralihan sokongan dari DAP ke BN.
Untuk rekod, Pengerusi DAP negeri Ngeh Koo Ham dua kali terpilih sebagai ADUN Sitiawan sejak 2004.
Pengundi Cina seperti yang diramal oleh banyak pihak sebelum ini terutama di kawasan Perak Tengah khususnya di Sitiawan bakal memberi tekanan kepada pengaruh DAP.
Gambar 4
Malah ada yang begitu positif bahawa jika PRU ke13 diadakan minggu depan, Parlimen Lumut dan tiga DUNnya—Pasir Panjang, Pangkor dan Sitiawan—bakal mencatat rekod kemenangan besar buat calon-calon BN.
Hal ini mungkin disedari Najib kerana dalam ucapan beliau memuji dua teraju utama—Dr.Zambry dan Setiausaha Agong MCA merangkap ahli parlimen Lumut Dato’ Seri Kong Cho Ha—yang instrumental menjayakan program ini.
Gambar 5
Walaupun program CNY ini adalah program bersama anjuran Kementerian Penerangan dan kerajaan negeri namun Dr.Zambry dan Menteri Pengangkutan itulah yang bekerja keras memastikan “crowd” yang besar.
Bagaimanapun pihak media juga memuji Rais Yatim kerana menjangkakan program ini bakal menjadi program terhebat mengambil kira  persiapan awal serta “publisiti” melalui RTM dan juga stesyen-stesyen radio milik RTM.
Najib selain kagum dengan jumlah”crowd” telah mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Perak dan Menteri Pengangkutan.
Gambar 6
Kedua-dua tokoh ini kelihatan tersipu-sipu apabila Perdana Menteri menyatakan bahawa kedua-dua teraju utama ini lulus ujian KPI.
Jika diterjemahkan bolehlah kedua-dua tokoh ini tidor dibuai mimpi indah kerana kedudukan Dr.Zambry sebagai Menteri Besar dan Cho Ha selaku ahli parlimen Lumut dan Menteri Pengangkutan sudah dikira “selamat.”
Bagi masyarakat Cina di Sitiawan (serta di Malaysia), Najib tidak menjanjikan bulan dan bintang bagi memancing undi mereka terutama menjelang PRU ke13.
Gambar 7
Walaubagaimanapun secara terus terang Najib memberi penghargaan kepada masyarakat Cina Malaysia dan sumbangan mereka serta mahu kebudayaan seperti CNY dipertahankan.
Tepukan yang kedengaran mengiringi ucapan Perdana Menteri memetrikan keikhlasan Najib dalam menganggap perkongsian kuasa antara masyarakat-masyarakat di negara ini bukan suatu janji pilihanraya.
Najib berpendapat kebudayaan masyarakat Cina perlu dikekalkan kerana ia satu keistimewaan yang tidak terdapat di mana-mana negara  di Asia Tenggara.
Pemimpin dan pengasas sebelum ini telah membentuk permuafakatan  di mana mereka tidak memilih jalan asimilasi, sebaliknya memilih jalan integrasi dan saling menghormati antara kaum.
Berbanding Malaysia, beliau memberi contoh negara China sendiri gagal mengekalkan keaslian kebudayaan Cina apabila Revolusi Kebudayaannya menyaksikan pemusnahan kebudayaan itu.
Menurut Najib lagi kejayaan mengekalkan kebudayaan Cina itu adalah hasil rasa hormat tinggi kerajaan kepada masyarakat Tionghua yang merupakan salah satu kaum penting yang membentuk komposisi penduduk Malaysia.
“Maka, seharusnya kaum Cina memberi penghargaan kepada kerajaan kerana jika bukan kerana polisi kita, keaslian ini mungkin tidak ada pada hari ini dan ini termasuklah sekolah-sekolah Cina,” katanya.
Menurut Najib tiada negara lain yang boleh menandingi Malaysia daripada segi kepelbagaian budaya dan perkara itu menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa.
“Di samping itu kita amalkan dasar ekonomi yang terbuka, dasar ‘free market’ yang mengekalkan keharmonian negara termasuk dasar ‘pro growth’ dan ‘pro business’ apatah lagi dasar transformasi nasional,” katanya.
Justeru beliau berpendapat program transformasi nasional yang dijalankan selama ini memberi manfaat kepada semua kaum.
“Semua kaum mendapat lebih banyak faedah (daripada dasar-dasar kerajaan) di mana peniaga akan meraih keuntungan yang lebih banyak… melalui ‘facilitation fund’ juga akan membantu lebih banyak peniaga untuk mendapat peluang ekonomi yang lebih luas,” katanya.
Perdana Menteri juga berjanji sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada kepimpinan kerajaan sedia ada (BN), lebih banyak perubahan positif terhadap landskap sosial dan ekonomi dapat dilakukan.
Najib juga mengumumkan Chingay Johor yang merupakan aktiviti tarian yang diadakan setiap tahun sebagai sebahagian daripada perayaan Tahun Baru Cina, akan digazetkan sebagai Warisan Negara supaya kebudayaan itu diteruskan dan dikekalkan.
Pada sebelah petang Najib yang diiringi Dr.Zambry melawat dua buah rumah penghuni Cina dengan turut menghulur sumbangan berupa hamper, netbook serta angpau - Perak Today
***Gambar 2 -  7 adalah ihsan dari Black Panther.... terima kasih.

No comments: