Wednesday, 18 January 2012

AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.....

umi-azwan513

Kisah pengacara Azwan Ali dengan lancangnya di twitter bukan cerita baru. Gaduh sakan dengan adiknya Ummi Hafilda juga bukan baru.  Namun Azwan sudah langgar sempadan apabila buat ugutan bunuh cara terbuka terhadap Ummi menerusi twitternya Jumaat lalu.

Menerusi akaun twitter AzwanNur dia tulis :
 BETINA NERAKA , Ummi kasi REJAM hidup hidup 1 bako mayat diaaaa ...
Ekoran itu Ummi buat laporan polis yang kemudiannya ikut Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad melibatkan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah.

Namun tengahari Rabu, kedua-dua Umi dan Azwan tampil dalam satu sidang akhbar bersama di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Di situ Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada Ummi, para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya yang balon sana sini.

Dia juga berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.
umi-azwan2xx

Azwan juga mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balon pemimpin politik - Barisan Nasional.

Dia juga mengaku pernah canang abangnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor kerana ketika itu rasa ghairah dan bangga apabila maklumat itu diberitahu sendiri oleh 'seseorang dalam kerajaan Selangor"




” Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak… sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
“Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan,” katanya.

SUMBER : di sini

1 comment:

Anonymous said...

DH TERHANTUK BARU TERGADAH....