Artikel ini tidak ada kena mengena dengan politik tetapi ianya relevan dengan profession MIM sebagai seorang doktor perubatan.
Bukan itu sahaja. Jika penyakit ini tidak diendahkan atau dibiarkan begitu sahaja, kebarangkalian ianya menjadi kanser adalah tinggi.
MyNewsHub melaporkan bahawa artis Ifa Raziah terpaksa berjumpa doktor pakar kerana sakit. Di antara laporan tersebut:-
“Sekarang ini, Ifa baru saja selesai menjalani ultra sound. Ifa masih lagi menunggu jawapan daripada doktor. Mengikut makluman doktor, terdapat virus dalam air di bahagian payudara Ifa yang membuatkan bahagian berkenaan keras seperti batu.
“Selepas rawatan ini, doktor telah menasihati agar menjalani pembedahan dalam kadar segera. Sepatutnya Ifa kena buang ketulan membengkak itu dalam masa terdekat. Bagaimanapun disebabkan Ifa sibuk dengan MLM, Ifa ketepikan seketika soal sakit ini,” katanya.
Jika merujuk kepada kenyataan di atas, pesakit berkemungkinan mempunyai CYST di payudara beliau.
Cyst adalah pembengkakan atau ketulan yang benign non-cancerous. Simptom biasanya ialah sakit atau pun merasa ketulan semasa memeriksa badan sendiri.
Rawatan 'breast cyst' ialah pembedahan dan tiada opsyen lain. Pembuangan cyst adalah diwajibkan kerana cyst tersebut berpotensi untuk menjadi kanser.
Kenapa MiM khaskan artikel ini untuk memberitahu anda tentang breast cyst dan breast cancer?
MiM sendiri berdepan dengan pesakit kanser payudara dan lihat betapa susah dan sengsaranya pesakit kanser tersebut menjalani proses kemoterapi, radioterapi dan pembedahan membuang kanser.
Dan yang paling berat sekali ialah trauma mental yang di alami oleh seseorang pesakit kanser apabila disahkan oleh para doktor. Ianya seolah-olah langit runtuh ke kepala dan 'death warrant' yang sangat menghibakan.
Malah, kesan sampingan yang teruk seperti muntah, tidak berdaya, rambut gugur dan lain-lain terpaksa ditanggung oleh peaskit setiap kali ubat kemoterapi dimasukkan ke dalam darah. Dan ianya bukan sekali sahaja!
Begitu juga dengan trauma mental yang dihadapi oleh keluarga pesakit kanser yang turut berasa amat sedih. Kehidupan keluarga itu bertukar dengan sekelip mata!
Jika anda seorang wanita atau pun mempunyai adik perempuan, kakak dan ibu, MiM sarankan agar mengambil serius tentang cyst dan kanser payudara ini.
Terangkan mesej yang MiM sampaikan di dalam artikel ini kepada mereka semua.
Jika ada sebarang ketulan (cyst) di payudara, cepat-cepatlah mendapatkan rawatan dari doktor.
Semoga anda dan keluarga anda tidak perlu mengalami kesedihan, keperitan dan mental trauma seperti yang MiM katakan.
Tq Dr MiM.....
No comments:
Post a Comment