Di Selangor sejak kerajaan negeri mewujudkan USA atau Unit Selamat Akidah. seramai 51 orang sudahpun dibaptiskan atau dengan lain kata sudah menganut agama kristian.
Manakala 40 orang Melayu lain pula didakwa sudahpun meminum holy water (holy water atau air suci ialah air disucikan paderi untuk pembaptisan dan ia diletak di pintu masuk gereja untuk penganut mencalit ke lidah sebelum dibuat tanda salib).
Menurut Dr.Hasan “pendakwah kristian” kini menjadikan Malaysia khususnya Selangor dan Perak sebagai fokus ‘serangan” dengan menampilkan tokoh-tokoh berpelajaran dalam misi mereka.
Katanya sesetengah berkelulusan PhD yang datang khas dari Amerika Syarikat, Australia, UK, Belanda, German malah juga dari Indonesia dengan matlamat memurtadkan umat lslam di sini.
“Di Selangor mereka ada unit khas untuk umat Melayu saja. Mereka kita anggap seperti tentera pemesong akidah . . .mereka dilatih boleh hidup dalam semua keadaan untuk menjalankan tugas tersebut.
Berlainan pula ceritanya di Perak kerana kini terdapat 43 kes melayu murtad manakala 58 orang pula ‘diberi peluang bertaubat.’
Ustaz Zamri baru 40 tahun dan menganggap dia mewakili golongan muda bimbang penularan isu murtad dikalangan umat lslam di negeri Perak. Waktu membuat kajian sebelum ke majlis Himpun, beliau terkejut mendapati ada orang Melayu menjadi murtad seperti yang pernah didedahkan Mufti Perak.
"Kes berdaftar murtad di Perak saja setakat ini ialah 43 orang manakala 58 orang (berbangsa Melayu ini) diberi peluang bertaubat”katanya.
Malah gelombang murtad disini dahsat dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Himpun kerana membantu pihaknya memerangi gejala ini.
Malah gelombang murtad disini dahsat dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Himpun kerana membantu pihaknya memerangi gejala ini.
BACA SELANJUTNYA..... DI SINI
No comments:
Post a Comment