Wednesday 30 November 2011

TAHNIAH..!!! DS DR. ZAMBRY MENANG SAMAN FITNAH SUARA KEADILAN...!!!


KUALA LUMPUR, 30 Nov – Mahkamah Tinggi di sini mendapati sembilan perkataan dalam satu artikel yang disiarkan oleh “Suara Keadilan”, akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengenai Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membawa maksud fitnah.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan demikian dalam kamar pada Rabu dengan dihadiri peguam Datuk Firoz Hussein Ahamd Jamaluddin yang mewakili Zambry selaku plaintif, dan peguam Jamie Wong yang mewakili PKR, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lain.
Pada 22 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan tiga perkataan lain dalam artikel yang sama turut membawa maksud fitnah selepas defendan mengakui bahawa perkataan-perkataan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.
Firoz Hussein yang ditemui pemberita, berkata mahkamah memutuskan supaya taksiran ganti rugi dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar, namun tiada tarikh ditetapkan.
BACA SETERUSNYA...... DI SINI....

No comments: